Catatan 100 Meter Zaidatul Tidak Diiktiraf Rekod Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelari pecut wanita kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli hanya sempat meraikan catatan baharu kebangsaannya dalam acara100 meter buat seketika pada Kejohanan Olahraga AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan pada Sabtu. 

Catatan 11.36 saat yang dianggap sudah mengatasi rekod kebangsaan terdahulu, 11.50 saat yang dicatat G. Shanti pada 1993, bagaimanapun tidak diiktiraf olehjuri pertandingan, sejam kemudian kerana Zaidatul Husniah dikatakan mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat. 

Beliau menduduki tangga kedua pada saringan pertama acara 100 meter wanita yang dimenangi atlet tuan rumah, Alyssa Conley yang mencatat masa 11.34 saat. 

Dua lagi atlet kebangsaan, S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad masing-masing mencatat 11.65s dan 11.68s untuk meraih kedudukan ketiga dan keempat. 

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang dihubungi Bernama mengesahkan catatan 11.36 saat bukan rekod baharu kebangsaan selepas pelari berusia 24 tahun itu mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Peraturan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) mensyaratkan hanya catatan dengan bantuan angin di bawah dua saat dikira sebagai rekod baharu seseorang atlet. 

Zaidatul Husniah yang dihubungi Bernama menerusi aplikasi Whatsapp bagaimanapun menyatakan beliau tidak kecewa dengan keputusan itu.

"Kalau hendak kata kecewa itu, tidaklah sangat kerana catatan ini adalahrekod peribadi terbaik saya dan menjadi pendorong untuk saya melakar keputusan positif pada Sukan SEA, Ogos nanti," jelas anak jati Kedah itu. 

Untuk rekod, catatan peribadi terbaik Zaidatul Husniah bagi acara 100 meter adalah 11.62 saat yang dilakukannya ketika Sukan Universiti Asean (AUG) Palembang pada 2014. 

Skuad olahraga kebangsaan berada di Afrika Selatan sejak beberapa minggu lepas bagi menyertai latihan dan pertandingan di negara berkenaan selama sebulan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos nanti.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Zaidatul Husniah Zulkifli

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan