Cadang Wujud Sekolah Sukan Di Kedah - Mahdzir

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 3:23 PM

Mahdzir khalid (tengah) beramah mesra dengan pelajar yang menyertai sukan tenis pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara di SMK Taman Jelutong pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukandan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor;Terengganu; Pahang dan Sabah. 

"Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara...dicadangkan di Kedah. 

"Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baru sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, Sabtu

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh.

Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.

"Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi,kemudian baru tentukan mengenainya," katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

"Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa. 

Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan