Kekangan Kewangan Tidak Jejas Kemeriahan LTdL 2017

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 7:00 AM

Pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling Travis McCabe (dua, kanan) meraikan kemenangan selepas tiba di garisan penamat pada siri Jelajah Le Tour De Langkawi 2017 peringkat kelapan dari Setiawangsa ke Putrajaya melibatkan perjalanan sejauh 121KM pada Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kekangan kewangan terhad tidak menghalang Ciclista Sports Sdn Bhd dalam memastikan Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang melabuhkan tirainya di sini, semalam berjalan dengan lancar.

Kehadiran satu pasukan bertaraf Jelajah Profesional, Dimension Data dari Afrika Selatan dan beberapa pasukan bertaraf probenua dari benua Eropah, jelas membuktikan kejohanan berbasikal terulung Asia itu yang dianjurkan sejak 1996, tidak pernah hilang serinya di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar ketika ini.

Perkara ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, Emir Abdul Jalal yang menyifatkan edisi ke-22 kali ini menampilkan persaingan sengit antara pelumba yang bertanding sehingga mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.

"Kami memahami ekonomi di peringkat global khususnya mengalami defisit dan sebagainya dan LTdL tidak terkecuali mengalami tempiasnya dari segi bajet dan sebagainya, tapi penyertaan pasukan antarabangsa, wakil media dan kelengkapan perlumbaan amat memberangsangkan.

"Apa yang kita perlukan untuk menganjurkan perlumbaan bertaraf kategori 'Hors' yang ditetapkan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) berjaya kita penuhi dan apa yang penting, para komisar yang dilantik UCI amat berpuas hati dengan perjalanan LTdL pada kali ini," kata Emir selepas berakhirnya LTdL 2017, Rabu.

Beliau menjelaskan antara media antarabangsa yang membuat liputan LTdL pada kali termasuk Eurosport International sehingga dilaporkan mencecah tontonan lebih 600 juta di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan nama Malaysia sebagai antara destinasi penganjuran sukan terbaik di dunia.

Emir turut mendedahkan pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk membuat bidaan semula penganjuran LTdL setelah tempoh perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tamat pada tahun ini namun menyerahkan perkara berkenaan kepada KBS untuk pertimbangan.

Ciclista Sports yang merupakan syarikat pengurusan acara berbasikal dianugerahkan kontrak selama dua tahun untuk menganjurkan LTdL bermula tahun lepas.

"Jika kami diberikan peluang sekali lagi, saya yang mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan KBS dan Majlis Sukan Negara sebelum ini berjanji akan meneruskan amanah ini demi kesinambungan LTdL dan cita-cita rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlumbaan bertaraf antarabangsa akan tercapai," tegas Emir.

Untuk rekod, Ciclista Sports hanya menerima geran dari KBS sebanyak RM11 juta pada tahun ini berbanding RM16 juta pada 2016, sekali gus memaksa mereka mencari penaja swasta dalam menjayakan kejohanan kali ini yang dilaporkan mencecah kos RM15.5 juta.

Dalam pada itu, pelumba tempatan terutamanya pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) mempamerkan aksi cemerlang setelah meraih beberapa kedudukan podium, sekali gus membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pelumba antarabangsa.

Antaranya adalah Nur Amirul Fakhruddin Mazuki yang meraih jersi Merah selaku Raja Bukit pada peringkat pertama pada 22 Feb selain kapten TSG, Mohd Zamri Salleh yang menduduki tangga ketiga pada peringkat ketiga, Jumaat lepas.

Persembahan cemerlang berkenaan, semestinya menjadi penanda aras terbaik untuk skuad lebuhraya berbasikal negara yang rata-ratanya terdiri dari pasukan TSG untuk memburu kejayaan lebih gemilang pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos nanti.

Saingan LTdL 2017 menyaksikan pelumba muda pasukan Dimension Data, Ryan Gibbons dari Afrika Selatan memenangi jersi kuning selaku juara individu keseluruhan, sekali gus mengekalkan penguasaan negara berkenaan yang pernah meraih jersi sama sebelum ini.

Antaranya menerusi mendiang Ryan Cox yang mewakili pasukan Barloworld pada 2005, David George dari pasukan kebangsaan Afrika Selatan pada 2006 dan Reinardt Janse van Rensburg dari pasukan Dimension Data pada tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kekangan kewangan , LTdL 2017

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan