Kelab Golf Trump National Rayu Saman Ke Atas Yuran Keahlian

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 8:13 AM

Kelab Golf Trump National Jupiter.

(Ubah saiz teks)

KELAB Golf Trump National Jupiter di Florida mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim persekutuan yang memerintahkan kelab tersebut supaya membayar AS$5.77 juta kepada bekas ahlinya kerana enggan memulangkan semula wang deposit mereka.

Notis itu difailkan menerusi peguam kelab tersebut pada Selasa bertujuan untuk membawa kes itu ke mahkamah rayuan persekutuan.

Notis itu meminta mahkamah rayuan di Atlanta supaya mengkaji semula keputusan yang ditetapkan Hakim Mahkamah Daerah AS, Kenneth Marra pada 1 Februari lalu.

Namun notis tersebut tidak menyediakan asas perundangan terhadap rayuan tersebut.

Marra memerintahkan selepas perbicaraan tanpa juri bahawa kelab golf itu tidak mempunyai hak untuk menyimpan wang deposit seramai 65 ahlinya yang terlibat dalam tuntutan mahkamah walaupun ia menghalang mereka daripada menggunakan kelab tersebut.

Katanya, kelab golf itu telah melanggar kontrak bahawa ahli tersebut telah menandatangani perjanjian dengan Ritz-Carlton yang memiliki kelab itu sebelum Trump mengambil alih pada lewat 2012.

Pertubuhan The Trump berkata mereka akan membuat rayuan selepas Marra memerintahkan keputusan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan itu, kelab golf tersebut mengalami masalah kewangan ketika dibeli oleh Trump dan mereka mengemukakan bukti kukuh bahawa keahlian plaintif tidak pernah dibatalkan.

Trump bukan salah seorang defendan tetapi penghakiman itu dipercayai yang pertama ke atas syarikat yang dikawal beliau sejak mengambil alih White House pada 20 Januari lalu.

Proses rayuan itu biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan