Anugerah SAM-100Plus: Chong Wei Buru Gelaran Kedua

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton Negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan memburu gelaran kedua Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016 yang akan berlangsung pada Khamis ini.

Bagi menyuntik kelainan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2016, SAM telah menambah jumlah atlet yang disenarai pendek kepada 7 (tujuh) calon berbanding hanya 5 (lima) dalam tahun-tahun sebelum ini. 

Kali pertama atlet kelahiran Pulau Pinang ini meraih anugerah berkenaan ialah pada 2008 dan selain mempertahankan status sebagai pemain nombor satu dunia, Chong Wei juga merangkul pingat perak temasya Sukan Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut. 

Pemain berusia 34 tahun itu adalah antara calon pilihan anggota-anggota SAM untuk Anugerah Atlet Terbaik 2016 walaupun beliau berhadapan saingan sengit dari pada pemenang pingat temasya Sukan Olimpik yang lain seperti pemenang Anugerah Atlet Terbaik tiga kali, Pandelela Rinong Pamg yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong (terjun); Goh V Shem-Tan Wee Kion (badminton); Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton) dan Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal). 

Perebutan bagi anugerah tertinggi itu bukan sahaja menyaksikan saingan antara pemenang-pemenang pingat Sukan Olimpik Rio deJaneiro, malahan jaguh hatrik silat dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dan pelumba motosikal Khairul Idham Pawi juga disenaraikan untuk dipertimbangkan. 

Pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia itu melakar kejutan dalam penampilan pertama beliau tahun lepas dengan memenangi dua perlumbaan kelas Moto3 di Argentina dan Jerman. 

Sementaraitu, Presiden SAM Ahmad Khawari Isa berkata seperti edisi sebelumnya, adalah sukar untuk memilih calon yang disenaraikan dan banyak faktor perlu dipertimbangkan untuk memilih pemenang. 

"Tetapi sekarang, terserah kepada anggota-anggota SAM untuk memilih calon yang pada pertimbangan mereka member impak besar pada sukan di Malaysia tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu. 

Buat kali pertama, SAM pada majlis anugerah kali ini memperkenalkan Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik. Persaingan untuk anugerah sulung itu sudah semestinya membabitkan ketiga-tiga pemenang pingat emas temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro iaitu Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100 meter), Abdul Latif Romly (lompat jauh) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru). 

Mohd Ridzuan Mohd Puzi


Pemenang untuk kedua-dua anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi. 

Selain memberi pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang, wartawan sukan juga berpeluang memenangi hadiah wang berjumlah RM50,000 melalui Anugerah Sukan SAM-100PLUS kali ini. 

Anugerah itu terbahagi kepada enam kategori – Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik. 

SENARAI ATLET TERBAIK ANUGERAH SAM 

1995 - Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)

1996 - Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)

1997 - Nurul Huda Baharin (menembak)

1998 - Lim KengLiat (renang)

1999-2001 - TiadaAnugerah

2002 - Lim Keng Liat (renang) dan S.Premila (karate-do)

2003 - Lim Keng Liat (renang)2004 - Bryan Nikson Lomas (terjun)

2005 - Nicol Ann David (skuasy)

2006 - Koo KienKeat-Tan Boon Heong (badminton)

2007 - Wong Mew Choo (badminton)2008 - Lee Chong Wei (badminton)

2009 – Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)

2010 – Pandelela Rinong Pamg (terjun)

2011 – Nur Suryani Taibi (menembak)

2012 – Pandelela Rinong Pamg (terjun)

2013 – Sazali Samad (bina badan)

2014 - Nicol Ann David (skuasy)

2015 – Pandelela Rinong Pamg (terjun)

Tags / Kata Kunci: Anugerah SAM , 100Plus

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan