Pelumba Basikal Kelahiran Jerman Akhirnya Miliki MyKad

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 10:28 PM

Mohd Justin bersama ibunya menunjukkan kad pengenalan sementara yang diperolehi di JPN pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Impian pelumba basikal kelahiran Jerman, Mohd Justin Felix Nagel untuk menjadi warga Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

Remaja berusia 15 tahun itu menerima MyKad sementara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Selasa dan akan mengambil kad pengenalan diri Malaysia yang tetap di sini Rabu.

Mohd Justin, yang sebelum ini tidak bernegara, diiringi ibu beliau, Hasni Samsudin, 35, dan bapa tiri, Azin Iskandar, 33, berserta saudara kandung berusia dua hingga tujuh tahun.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Justin menyuarakan kegembiraan tidak terhingga kerana akhirnya memperoleh MyKad, yang dinanti-nantikannya sejak sembilan tahun yang lalu.

"Saya sungguh gembira kerana penantian ini sudah berakhir. Saya kini boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan latihan tanpa perlu bimbang tentang status kewarganegaraan.

"Saya boleh terus memburu impian untuk mewakili Malaysia dalam perlumbaan berbasikal di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.

Mohd Justin turut berterima kasih kepada ibu bapanya, jurulatih, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Johor dan semua pihak yang menyokong serta membantu beliau sepanjang proses itu.

Sementara itu, Hasni berkata anak lelakinya kini boleh menikmati keistimewaan sebagai seorang warga Malaysia.

"Menjadi seorang bukan warganegara, anak saya berdepan banyak masalah seperti mendaftar untuk bersekolah, dan selepas belajar kira-kira dua tahun, dia hampir-hampir diminta berhenti sekolah," katanya.

Hasni juga amat gembira kerana kini anak lelakinya boleh menyertai perlumbaan berbasikal dan menikmati keistimewaan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Masalah yang menimpa Justin diketengahkan media tahun lepas dengan Hasni menceritakan halangan yang dihadapinya ketika berusaha mendapatkan kewarganegaraan bagi Mohd Justin sejak 2009.

Mohd Justin dilahirkan di Itzehoe, Jerman, berbapakan seorang warga Jerman, Kai Nagel, manakala ibunya, Hasni pula rakyat Malaysia.

Ibu bapanya bercerai pada 2006.

Mohd Justin mempunyai seorang adik lelaki, Joshua Adam, 11, yang dilahirkan di Kuala Lumpur, dan tidak mempunyai masalah berhubung kewarganegaraan.

Kerumitan timbul sejak percubaan pertama keluarga berkenaan untuk mendapatkan kewarganegaraan Mohd Justin pada 2009, yang menemui jalan buntu apabila Kai pada mulanya enggan datang ke Malaysia untuk menguruskan pembatalan warga negara Jerman ke atas Mohd Justin.

Kai, bagaimanapun, datang ke Malaysia pada Ogos lepas, yang menurut Hasni, bekas suaminya itu akhirnya bersetuju agar Mohd Justin menjadi warga Malaysia.

Ketika permohonannya berkaitan kewarganegaraan sejak 2009 itu masih belum berkesudahan, pasport Jerman Mohd Justin pula tamat tempoh pada 2013.

Beliau enggan memperbaharui dokumen itu untuk mendorong permohonannya menjadi seorang warga Malaysia.

Berikutan permohonannya yang disokong Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Pejabat Menteri Dalam Negeri, Hasni dan Mohd Justin diminta menghadiri temu duga dengan JPN pada September tahun lepas, dan mereka diberitahu bahawa permohonannya sedang diproses. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohd Justin Felix Nagel , MyKad

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan