Program Podium: Atlet Yang Digugur Perlu Positif - KP MSN

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet-atlet yang digugurkan daripada Program Podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN) perlu berfikiran positif dan melihatnya sebagai cabaran untuk kembali meningkatkan prestasi.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Program Podium mempunyai proses pemilihan tertentu yang berdasarkan pemantauan terhadap prestasi individu.

"Jika seseorang atlet tidak dapat mengekalkan prestasi atau menunjukkan sebarang peningkatan, mereka akan dinilai semula dan ada antaranya akan digugurkan," katanya.

Beliau ditemui selepas hadir pada Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur kali ketiga di Dewan Komanwel, MSN Bukit Jalil pada Sabtu.

Khamis lepas, Pengarah Program Podium, Tim Newenhem mengumumkan 117 atlet dipilih menyertai program itu tahun ini yang bermatlamat untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Pada masa sama, seorang atlet memanah dan empat penembak digugurkan daripada program itu kerana gagal memenuhi kriteria pemilihan.

Tiga atlet paralimpik berbasikal dan empat atlet paralimpik pelayaran turutdiketepikan kerana acara berkenaan tidak dipertandingkan pada Sukan Para Asia akan datang.

Ketika ditanya sama ada mereka yang digugurkan akan diletakkan dalam Program Kita Juara bagi persiapan Sukan Sea Ogos nanti, Ahmad Shapawi berkata mereka turut akan dinilai semula.

"Kita akan adakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) dengan persatuan-persatuan sukan yang terlibat bagi menilai prestasi atlet itu sama adalayak untuk Program Kita Juara yang juga mempunyai kriteria tersendiri,"katanya.

Menurut Ahmad Shapawi, Fasa II Program Kita Juara akan berakhir pada Mac dan MSN akan mengadakan mesyuarat JKK dengan semua persatuan sukan sebelum Fasa III program berkenaan bermula pada April. 

Katanya antara kelayakan Program Kita Juara, atlet perlu mampu menghasilkan pingat emas pada temasya dari 19-31 Ogos ini atau sekurang-kurangnya mencapai kedudukan kedua dalam Sukan SEA seperti yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). 

"Kita hanya akan menilai prestasi semasa atlet, bukannya prestasi ataupencapaian dua atau tiga tahun lepas. Atlet perlu tunjukkan yang mereka boleh menjadi penyumbang pingat emas kepada negara," katanya. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan