THT Tekad Bangkit Julang Piala TNB

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 5:44 PM

Pemain THT (kanan) ketika bertemu pasukan KLHC.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Premier,TNB Liga Hoki Malaysia, Terengganu Hockey Team (THT) kini bertekad untuk cuba menjulang Piala TNB..

Bagi pemain tengah THT, Fitri Saari, dia serta rakan sepasukannya tidak mahu lagi berdepan kekecewaan dan berharap dapat melepasi saingan separuh akhir bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada separuh akhir pertama pada Sabtu serta timbal balik, Jumaat depan. 

"Memang rasa amat kecewa kerana kami gagal mempertahankan gelaran liga. Tapi inilah kenyataan iaitu untuk memenangi kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertahankannya.

"Sepanjang saingan liga, sememangnya kami mendominasi perlawanan tetapi ketumpulan di bahagian serangan banyak menjejaskan keputusan yang diraih.

"Harap perkara sama tidak berulang pada saingan separuh akhir nanti," katanya.

Mengulas perlawanan dengan UniKL esok, Fitri berkata, dia serta rakan sepasukan masih mengingati bagaimana sukarnya untuk menewaskan lawan mereka itu pada saingan liga dengan perlawanan terakhir menyaksikan mereka sekadar meraih keputusan seri 2-2.

"Tapi untuk esok (Sabtu) kami akan bermain habis-habisan. Kami perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, beliau mahu barisan pemainnya bermain secara bijak apabila bertemu THT.

"Untuk permulaan kami perlu pastikan harapan untuk beraksi di final masih cerah selepas berakhir separuh akhir pertama.

"Kami tidak boleh membiarkan lawan mendominasi perlawanan dan memenangi perlawanan dengan jaringan yang besar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Piala TNB , THT

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan