KLHC Juara Liga Hoki Malaysia 2017

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 10:32 AM

Anton Poul Fritz Ebeling menjaringkan gol kemenangan KLHC, meraikan kejayaan muncul juara Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia 2017 bersama rakan sepasukan yang lain. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menambah koleksi kejuaraan selepas muncul juara Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia (LHM) 2017 di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Jalan Pantai malam Ahad.

Kemenangan tipis 3-2 ke atas juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) meleburkan rekod cemerlang wakil Pantai Timur itu yang muncul juara liga sejak 2014.

Pemain import dari Jerman, Anton Poul Fritz Ebeling muncul wira pasukan KLHC setelah menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-60.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 2-2 dengan dua gol KLHC dijaringkan Dedy Aryadi Jumaidi pada minit ketujuh dan Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-43.

Dua gol THT disumbangkan pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun pada minit kesembilan dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-51.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula menamatkan saingan di tangga ketiga selepas menang tipis 1-0 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi di gelanggang sama yang berlangsung lebih awal.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhammad Najmi Farizal Jazlan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-12.

Dua lagi aksi liga menyaksikanMaybank menewaskan UiTM-KPT 3-1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Melaka manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menang 2-1 ke atas TNB Thunderbolts di Padang Hoki SSTMI, Johor.

Saingan Liga Hoki Malaysia diteruskan dengan aksi separuh akhir pertama  Piala TNB, Selasa ini dengan KLHC menentang TNB manakala THT berdepan UniKL dan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, di sini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KLHC , Liga Hoki Malaysia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan