Bekas Legenda Ragbi Australia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 2:51 PM

Dan Vickerman.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain ragbi Australia, Dan Vickerman meninggal dunia pada usia 37 tahun di kediamannya di Sydney pada Sabtu malam.

Berita kematian itu disahkan Kesatuan Ragbi Australia (ARU).

Atlet kelahiran Afrika Selatan itu mewakili Australia dalam 63 perlawanan sejak penampilan pertamanya pada 2002 dan tiga kejohanan Piala Dunia.

"Dunia sukan ragbi dikejutkan dengan berita kematian Dan Vickerman.

"Dia amat komited ketika di atas padang dan mempunyai karakter yang disenangi ramai semasa di luar padang," kata Ketua Eksekutif ARU, Bill Pulver.

Bagaimanapun punca kematian Vickerman tidak didedahkan.

Sejak bersara, Vickerman bertugas dalam bidang kewangan dan juga pengulas sukan.


Tags / Kata Kunci: Dan Vickerman , ragbi , meninggal dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan