Kerajaan Terengganu Nafi Dakwaan Beri Layanan Kelas Kedua Atlet Paralimpik

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 2:34 PM

Rozi Mamat.

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan seorang atlet paralimpik negeri ini bahawa beliau diabaikan meskipun telah mengharumkan nama negeri dengan kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata kerajaan negeri telah membantu dari segi keperluan makan dan minum atlet tersebut serta perbelanjaan lain dengan peruntukan hampir RM100,000.

"Kerajaan negeri turut memberi insentif kepada mereka yang mendapat pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016 baru-baru ini," katanya kepada pemberita pada program Mung Belia Nelang, di sini Jumaat.

Beliau mengulas dakwaan isu layanan kelas kedua kerajaan negeri terhadap atlet paralimpik sukan renang dan triatlon, Subki Ariffin, 36, yang kini menduduki ranking 22 dunia dalam kategori PT3.

Rozi berkata kerajaan negeri komited dalam membantu perkembangan atlet paralimpik kelahiran Terengganu bagi memastikan mereka terus membina nama dalam acara sukan yang diceburi.

"Kita memang tidak mempunyai program pembangunan langsung di bawah kerajaan negeri namun ia ada dijalankan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa komited membantu atlet-atlet paralimpik negeri setakat yang terdaya," kata Rozi.

Sementara itu kerajaan negeri juga telah mengenal pasti 25 atlet negeri berkenaan untuk diserapkan ke program Akademi 'Road to Olympic' sebagai persediaan ke sukan Olimpik Tokyo 2020.

Program itu bertujuan membantu atlet Terengganu yang berpotensi untuk ke Olimpik Tokyo kelak dan akan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam masa terdekat.

"Mereka ini dalam proses untuk latihan dan ada antara mereka akan dihantar keluar negara seperti Australia untuk mendapatkan latihan yang lebih intensif".

"Ia bagi merealisasikan impian kita melahirkan lebih ramai atlet Terengganu yang berjaya di peringkat antarabangsa dan Olimpik khususnya," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: atlet paralimpik , Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan