Tiada Kes Baharu Denggi Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 3:23 PM

Zolkples Embong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kes penularan wabak denggi terbaharu dilaporkan di Bukit Jalil yang menjadi venue utama penganjuran Sukan SEA menjelang temasya dwitahunan itu bermula 19 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong memberi jaminan dengan berkata langkah agresif sudah diambil pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Sudah tentu kita khuatir dengan apa yang berlaku, namun dengan penglibatan semua pihak kita telah berjaya menangani isu yang dihadapi.

"Buat masa ini tiada ancaman denggi yang akan mengganggu persediaan kita bagi menghadapi Sukan SEA," katanya selepas perasmian Seminar Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA ke-29 di sini, Sabtu.

Secara keseluruhannya, seminar dua hari yang bermula pada Sabtu dihadiri oleh sembilan CDM negara yang bertanding dan dua wakil dari Indonesia dan Thailand.

Berhubung Buku Panduan Teknikal Sukan SEA yang masih belum diedarkan, Zolkples mengesahkan berlaku sedikit kelewatan dan akan diedarkan kepada negara bertanding selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo yang tampil menjawab isu berkenaan berkata kelewatan itu disebabkan ia memerlukan kelulusan daripada persatuan sukan antarabangsa terlebih dahulu.

"Kita perlu mengikut protokol ini walaupun perlu mengambil lebih masa dan ia di luar bidang kuasa MOM," katanya.

Buku Panduan Teknikal Sukan SEA biasanya digunakan negara luar yang bertanding untuk mengetahui selok-belok penganjuran, misalnya peraturan atau syarat pertandingan dan nama delegasi teknikal. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: demam denggi , Bukit Jalil , Zolkples Embong

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan