Ranking Jatuh Tak Jejas Fokus Jijoe Buru Emas Di Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 2:15 PM

Azizulhasni menunjukkan jersi yang ditandatanganinya selepas dilantik menjadi duta baharu Daikin pada Khamis. Hadir sama Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Lawrence Song. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fokus jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong, 12 April depan tidak terjejas meskipun tidak lagi memegang status sebagai pelumba keirin nombor satu dunia.

Ia susulan kedudukan ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 13 Februari lalu menunjukkan Azizulhasni jatuh ke tangga ketujuh.

Namun, Azizulhasni atau lebih mesra disapa Jijoe ketika mengulas tentang ranking tersebut berkata, apa yang penting pada ketika ini adalah beliau masih kekal di kelompok 10 terbaik dunia, satu kedudukan yang disifatkannya sebagai selamat.

"Sebenarnya ranking No.1 dunia itu macam sesuatu yang ekstra, saya tak fikir akan sentiasa kekal berada di atas sepanjang tahun.

"Saya sudah jangka ranking akan jatuh kerana tidak menyertai siri Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia pada tahun ini kerana kedudukan semua dah okay. Jadi saya ada kelebihan untuk pergi terus ke Kejohanan Dunia (2017)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani pelantikannya sebagai duta baharu produk penghawa dingin dari Jepun, Daikin di sini, Khamis.

Azizulhasni menjalin kerjasama bersama syarikat tersebut selama setahun.

Mengenai pelantikan sebagai duta baharu produk itu, Azizulhasni menganggap ia sebagai suntikan semangat kepada dirinya untuk beraksi dengan lebih cemerlang dengan mengharumkan nama negara serta membawa jenama Daikin ke pentas dunia dalam acara sukan berbasikal.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu menduduki ranking No.1 dunia selepas kedudukan dunia bagi acara keirin dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 4 Februari 2016.

Beliau naik dari kedudukan ketiga sebelum ini dengan 508 mata mengatasi pelumba Perancis, Francois Pervis (504) di kedudukan kedua manakala Edward Dawkins (New Zealand) ketiga dengan 494 mata.

Menurut Azizulhasni, dengan tidak menyertai dua kejohanan Siri Piala Dunia sebelum ini, beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Hong Kong yang akan berlangsung pada 12 hingga 16 April depan.

"(Empat) siri Kejohanan Piala Dunia itu hanya untuk kita kutip mata bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia.

"Ada kelebihan juga (tidak sertai kejohanan Piala Dunia) kerana saya boleh beri tumpuan pada latihan sahaja. Saya boleh terus beraksi pada Kejohanan Dunia kerana itu lebih penting," katanya.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman menyifatkan peluang untuk muncul juara di Hong Kong dan memenangi jersi pelangi masih terbuka luas.

"Sasaran saya adalah bawa pulang pingat emas yang saya impikan sejak 2007. Peluang itu tetap ada cuma saya perlu melakukan persiapan rapi dan mengekalkan momentum sedia ada," katanya.

Pada 10 Februari lalu, Azizulhasni menambah koleksi lapan pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) apabila menaiki podium pertama dalam acara pecut.

Pemenang gangsa Sukan O­limpik 2016 Rio itu meraih kemenangan 2-0 setelah mendominasi perlumbaan pertama dan kedua menerusi catatan masa 10.451 saat dan 10.526s pada ACC 2017 yang berlangsung di Velodrom Indira Gandhi, New Delhi, India.

Tags / Kata Kunci: Mohd Azizulhasni Awang , Daikin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan