KBS Perjelas Situasi Sebenar Isu Tender Peralatan Gimnastik Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan isu kepincangan tender peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017, seperti dilaporkan media adalah tidak tepat.

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataan pada Khamis berkata Rukun Juang Sendirian Berhad (RJSB) selaku kontraktor utama kepada Projek Bandar Sukan Kuala Lumpur menguruskan tender pembekalan peralatan sukan untuk venue tersebut, termasuk peralatan gimnastik.

Kenyataan itu berkata RJSB telah melaksanakan proses tender pembekalan pada 11 November tahun lepas, dan syarikat yang berada di tangga teratas senarai pendek penilaian telah dikenal pasti.

"Namun pada 6 Januari lepas, sebelum tender itu dianugerahkan kepada mana-mana syarikat, KBS dimaklumkan oleh RJSB bahawa syarikat tersebut mempunyai percanggahan kepentingan dalam perkara ini dan mencadangkan agar tender ini dibatalkan dan tender perolehan peralatan gimnastik ini dilaksanakan semula," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut pelaksanaan semula proses tender berkenaan juga berpotensi memberikan penjimatan kepada kos projek dan kerajaan.

"Oleh itu, KBS bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan," kata kenyataan tersebut.

KBS juga mengambil keputusan agar proses tender bagi pembekalan peralatan gimnastik itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia selaku pemilik venue tersebut bagi memastikan pelarasan dan kelancaran pembekalan, kata kenyataan itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: KBS , tender peralatan gimnastik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan