Golf: Warren Dahului Dua Pukulan Pada Aksi Pertama

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 9:20 PM

Warren membuat pukulan tee off di lubang 18 pada Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017 di Saujana Golf & Country Club pada Khamis. Dia mencatat 9 di bawah par 63 pukulan untuk mendahului pada hari pertama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Marc Warren mengambil kesempatan keadaan cuaca yang tenang pada sebelah pagi untuk mendahului dua pukulan pada pusingan pembukaan Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017, Khamis.

Pemain Scotland itu mencatat pukulan cemerlang sembilan bawah par 63 untuk mengatasi pemain muda Thailand, Phachara Khongwatmai yang melakukan 65 pukulan, sebelum angin dan cuaca terik memberi cabaran getir kepada beliau.

Pada pusingan pembukaan itu, Warren menjinakkan 'The Cobra' di Saujana Golfand Country Club, dengan melakukan satu eagle dan tujuh birdie. 

"Pukulan saya benar-benar baik dan saya banyak membuat pukulan di bahagian kanan lapangan. Ia baik untuk memastikan bola di sebelah kanan lubang, membolehkan saya agresif dan membuat pukulan tepat hari ini.

 "Keadaan padang lembut dan bola banyak berhenti di tempat pukulan dibuat. Apabila di lapangan, ia bukan sahaja perlu mengetahui kecerunan, kedudukan bola juga perlu diambil kira," kata pemain berusia 35 tahun itu yang sudah memenangi tiga kejohanan Jelajah Eropah.

Beliau menjuarai EnterCard Scandinavian Masters (2006), Kejohanan Johnie Walker di Gleneagles (2007) dan Made in Denmark (2014).

"Ia padang golf yang sukar terutama dengan angin, cuaca dan sebagainya. Jika anda membuat pukulan sembilan bawah par, anda membuat pukulan yang benar-benar baik, maka saya akan mengekalkan prestasi hari ini untuk saingan seterusnya esok," katanya.

Sementara Phachara, 17, ternyata gembira dengan prestasinya pada pusingan pembukaan itu. "Saya tidak jangka boleh melakukan tujuh bawah par. Saya tidak terlalu memikirkan untuk melakukan birdie dan juga tidak berapa yakin terhadap pukulan, namun segalanya berjalan dengan baik," kata Phachara.

Phachara berkata prestasinya semakin baik berbanding penyertaannya padakejohanan itu tahun lepas, dan berasa yakin untuk beraksi pada mana-mana kejohanan.

Sementara itu, juara Masters Amerika Syarikat, Danny Willett dari England, berkongsi di kedudukan ketiga bersama-sama Arie Irawan dari Malaysia, Peter Uihlein (Amerika Syarikat), Marcel Siem (Jerman), Sam Brazel (Australia) dan Gaganjeet Bhullar dari India, dengan masing-masing melakukan 66 pukulan.

Pemain Korea Selatan, Soomin Lee yang berkongsi di tempat kedua pada edisi sulung kejohanan berkenaan tahun lepas, sekali lagi meletakkan dirinya untuk memburu kejuaraan itu tahun ini, selepas melakukan 67 pukulan, dengan mencatat lima birdie.

Juara bertahan, Marcus Fraser dari Australia berkongsi di kedudukan ke-30 pada pusingan pertama itu dengan melakukan dua bawah par 70. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Golf Maybank Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan