Sukan Asia Musim Sejuk Medan Terbaik Bukti Kemampuan Atlet

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 9:49 PM

Ketua Kontinjen Mohd Fazli Johan bersama 35 atlet dan 19 pegawai akan mewakili negara dalam acara sukan musim sejuk termasuk hoki ais. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyertaan kontinjen negara pada Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) 2017 di Sapporo, Jepun bulan ini dianggap sebagai pendedahan terbaik kepada atlet sebelum bermulanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan peluang kepada pasukan hoki ais dan atlet luncur ais kebangsaan untuk meningkatkan prestasi sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA.

"Walaupun negara kita bukan negara berasaskan musim sejuk, saya percaya kontinjen negara kali ini mampu memberi persaingan sengit dalam setiap acara," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Asia Musim Sejuk Sapporo di sini, Rabu.

Khairy berkata temasya AWG yang berlangsung pada 19 hingga 26 Februari ini juga memberikan peluang kepada atlet 'Alpine Skiing' negara, Jeffrey Webb dan Othman Mirzan sebagai persiapan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Seramai 35 atlet akan menggalas cabaran negara dalam tiga sukan membabitkan empat acara yang dipertandingkan iaitu Hoki Ais, 'Figure Skating, 'Short Track and Speed Skating' dan 'Alpine Skiing'.

Untuk rekod, pencapaian terbaik kontinjen negara pada temasya itu adalah menerusi sukan Hoki Ais apabila menduduki tempat kelapan daripada 11 pasukan yang bertanding pada edisi 2007 di Changchun, China.

Tags / Kata Kunci: Sukan Musim Sejuk , Sapporo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan