Nombor Plat 'Rimau' Untuk Sukan SEA KL 2017

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat Rimau sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MASOC mengesahkan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggunakan nombot plat tersebut.

Tarikh pelancaran dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my

Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP ialah pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).
Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2017 , no plat Rimau , JPJ

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan