Tujuh Individu Terima Rawatan Demam Denggi Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh atlet dan jurulatih termasuk seorang kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) masih menerima rawatan di hospital selepas disahkan menghidap demam denggi ketika berada di sekitar kawasan Bukit Jalil.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan serta MSN dalam satu kenyataan bersama, memaklumkan daripada tujuh kes berkenaan, empat merupakan kes baharu, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

Kenyataan itu menyebut seorang atlet bola jaring dan berbasikal selain seorang kakitangan MSN masih menerima rawatan di Hospital Serdang, manakala dua pemain program pembangunan bola sepak, masing-masing mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat, Johor dan Hospital Ipoh, Perak.

Seorang atlet terjun kini sedang dirawat di Hospital Kota Kinabalu, Sabah manakala seorang pemain badminton dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kenyataan itu turut memaklumkan kerja-kerja pembanterasan penularan wabak denggi termasuk tindakan penghapusan tempat pembiakan nyamuk, 'larviciding' dan semburan kabus diteruskan hari ini di lima zon yang telah ditetapkan.

Lima zon berkenaan adalah zon satu iaitu kawasan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN); zon dua (kawasan tapak pembinaan Bandar Sukan Kuala Lumpur).    

Zon tiga (Sekolah Sukan Bukit Jalil), zon empat (kawasan tapak pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia) dan zon lima (sekitar Sungai Kuyoh).

Bernama sebelum ini, melaporkan dua pemain bola sepak, seorang jurulatih dan dua pegawai MSN dimasukkan ke hospital selepas disyaki menghidap demam denggi, sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai penularan wabak itu di Bukit Jalil.   

Jumaat lepas, pengurus MSN bagi pasukan Paralimpik negara Mohd Nor Izuwan Mohd Ariffin yang tinggal di Vista MSN menjadi korban pertama wabak denggi di Kompleks Sukan Negara apabila meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.

Tags / Kata Kunci: Demam Denggi , MSN , Bukit Jalil

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan