20 Pasukan Buru Kejuaraan LTdL 2017

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 pasukan dari seluruh benua dijangka menyertai edisi ke-22 kejohanan berbasikal berprestij di rantau Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang akan berlangsung dari 22 Feb hingga 1 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal berkata beliau berpuas hati kerana lebih banyak pasukan bersaing pada edisi tahun ini, walaupun mereka terpaksa berdepan saingan sengit daripada penganjur lain selepas Jelajah Dunia diperluaskan kepada 37 kejohanan keseluruhan.

Beliau berkata pasukan dari Asia merupakan pasukan terbanyak bersaing pada perlumbaan tahun ini, dengan 12 pasukan berbanding 11 penyertaan pada edisi 2016.

"Kita jangan lupa, Le Tour de Langkawi adalah perlumbaan berbasikal utama di Asia. Kejohanan ini perlumbaan peringkat H.C tertua UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) di benua ini.

"Daripada semua permintaan diterima, kita boleh senaraikan pasukan dari Eropah sahaja, namun kita percaya ia menjadi tanggungjawab kita untuk memberi keutamaan kepada pelumba basikal Asia.

"Ia peluang yang hebat kepada mereka (pelumba Asia) dapat bersaing dengan pasukan-pasukan yang menyertai Tour de France dan Giro d'Italia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Juara bertahan, Dimension Data dari Afrika Selatan yang merupakan pasukan Jelajah Dunia, dijangka mengetuai cabaran pasukan profesional, selain empat pasukan Itali - Bardiani CSF, Androni Giocattoli, Nippo-Vini Fantini dan pendatang baharu, Willier Triestina.

Unitedhealthcare Professional Cycling Team dari Amerika Syarikat juga akan kembali bersaing di bumi Malaysia, di samping pendatang baharu, Manzana Postobon Team dari Colombia.

"Ia bekas pasukan Nairo Quintana dan Esteban Chaves serta bekas penaja perintis berbasikal Colombia pada era 80-an. Kami gembira atas penyertaan mereka kerana Le Tour de Langkawi sentiasa mempunyai pengikut yang ramai di Colombia menerusi media sosial dan rangkaian televisyen, " kata Emir.

Pengenalan pasukan untuk LTdL 2017 akan diadakan pada 21 Feb, sebelum perlumbaan melibatkan lapan peringkat itu bermula, meliputi keseluruhan 1,225km jarak perlumbaan.

PASUKAN: Dimension Data (RSA), Androni Giocattoli, Willier Triestina, Bardiani CSF, Nippo-Vini Fantini (ITA), Unitedhealthcare Professional Cycling Team (USA),  Manzana Postobon Team (COL), IsoWhey Sports Swisswellness (AUS), Vino-Astana Motors (KAZ), Aisan Racing Team (JAP), Terengganu Cycling Team, Team Sapura Cycling dan Pasukan Kebangsaan Malaysia (MAS), KSPO Bianchi Asia Pro Cycling (KOR), Giant Cycling Team dan Keyi Look Cycling Team (CHN), 7-Eleven Roadbike Philippines (PHI), Thailand Continental Cycling Team (THA), Infinite AIS Cycling Team (SIN), KFC Cycling Team (INA).  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LTdL 2017

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan