Warga Sukan Sukarela Derma Darah Bantu Rakan Di ICU SJMC

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 5:07 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tersentuh dengan penderitaan yang sedang dialami oleh seorang rakan yang kini bertarung nyawa akibat menghidap 'Dengue Shock Syndrome', warga sukan sekitar Lembah Klang datang menghulurkan bantuan.

Tampil secara sukarela, mereka beramai-ramai tiba di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sejak pagi lagi untuk menderma darah seperti yang diperlukan.

Berita mengenai Pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Nor Izuwan Mohd Ariffin yang kini dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Dengue Shock Syndrome dan memerlukan darah jenis B+ dan O menjadi tular di media sosial sejak petang Selasa.

Mohd Nor Izuwan menghidap demam denggi pada Selasa dan dimasukkan ke SJMC pada Ahad selepas keadaannya semakin kritikal.

Salah seorang rakannya yang ditemui Bernama, Mohd Johari Zainal Abidin berharap bantuan rakan-rakan serta atlet hari ini dapat membantu Mohd Nor Izuwan segera sembuh daripada penyakit berkenaan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan Mohd Nor Izuwan dan kita berharap beliau serta keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga Allah SWT meringankan penyakitnya itu," katanya.

Antara yang kelihatan Pusat Derma Darah hospital berkenaan ialah beberapa atlet boling padang dan atlet paralimpik.

Penderitaan Mohd Nor Izuwan turut mendapat perhatian pengamal media serta beberapa rakan karib yang bersama-sama menderma darah pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: demam denggi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan