Sukan SEA 2017: Kemelut Dalaman Dua Persatuan Tidak Jejas Persiapan Atlet

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 8:27 PM

Marina (kiri) bersalaman dengan skuad ping pong negara sewaktu melakukan lawatan ke tempat latihan skuad ping pong negara di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman yang melanda Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) tidak akan menjejaskan persiapan atlet kedua-dua sukan berkenaan untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin menegaskan beliau percaya kepimpinan dua persatuan sukan berkenaan sudah matang untuk mengatasi krisis dalaman masing-masing.

"Semasa saya mengadakan lawatan (baru-baru ini), saya melihat persiapan atlet kedua-dua sukan itu berjalan lancar dan saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik (untuk negara).

"Saya selalu sarankan kepada atlet, tugas anda adalah fokus kepada latihan dan pertandingan dan biarkan orang lain uruskan masalah dalaman persatuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat skuad ping pong negara di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara, di sini, Selasa.

Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Pang Siew Huat dilaporkan meletak jawatan, semalam, sambil mendakwa ia berpunca daripada masalah dalaman yang melanda persatuan berkenaan namun tidak mendedahkan punca beliau berbuat demikian.

Lima anggota gabungan NAAM pula hari ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut dalaman dengan NAAM.

Ahli gabungan NAAM iaitu Kedah, Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dilaporkan berdepan penggantungan selepas dikatakan enggan memberi surat tunjuk sebab kerana gagal menghadiri mesyuarat agung tahunan NAAM, Ogos tahun lepas.

Dalam pada itu, Marina tidak mahu meletakkan tekanan untuk kontinjen negara untuk memburu pingat dalam beberapa acara yang dijadual berlangsung sebelum upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Ogos nanti.

Beberapa acara sukan dijangka membuka gelanggang lebih awal antaranya polo air (15 Ogos), memanah (16 Ogos) dan sepak takraw pada 17 Ogos.

"Kalau kita dapat memenangi pingat lebih awal, ia akan menjadi motivasi kepada atlet lain," kata Marina.

Kontinjen negara sah menyertai kesemua 35 acara bakal dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PABM , NAAM , Sukan SEA 2017

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan