LHD: Malaysia Gah Tempah Slot Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki wanita negara gah menempatkan diri ke separuh akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua apabila mengatasi Thailand di Stadium Hoki Tun Razak, Khamis malam.

Kemenangan bergaya 3-0 pasukan negara itu menyaksikan mereka bakal membuat perhitungan dengan pasukan ranking ke-15 dunia, Itali di pentas separuh akhir Sabtu ini.

Pada suku pertama permainan, pasukan Malaysian Tigress cuba mendapatkan gol awal melalui beberapa gerakan ke arah pintu gol Thailand namun mereka gagal menemui jaringan. 

Dalam suku kedua perlawanan, corak bertahan pasukan Thailand sekali lagi terus menyukarkan jentera serangan pasukan Malaysia.

Walaupun pasukan negara berjaya mencipta beberapa peluang namun ianya gagal disudahkan sekaligus menamatkan permainan babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Di separuh masa kedua, Malaysia bermula dengan baik apabila memperoleh pukulan sudut penalti pada minit ke-34 namun ianya gagal disudahkan. Seolah-olah mula mendapat rentak selepas itu, Malaysia terus menggandakan asakan dan hasilnya mereka memperoleh pukulan sudut penalti sekali lagi.

Kali ini, peluang itu tidak disia-siakan pemain negara apabila kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani menolak kencang untuk Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke-38.

Keputusan itu kekal sehingga suku ketiga perlawanan tamat.

Malaysia terus menyerang untuk memburu gol dalam suku terakhir permainan dan Norazlin Sumantri menolak masuk gol padang pada minit ke-56 sekaligus membolehkan pasukan negara selesa 2-0 di hadapan.

Seminit sebelum permainan tamat, Malaysia dihadiahkan pukulan penalti yang keenam dan peluang itu disudahkan dengan tolakan kencang Nuraini Abdul Rashid sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya Malaysian Tigress ke atas Thailand.

Tiga lagi pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia Wanita Pusingan Kedua adalah Ireland, Itali dan juga Wales. 

Keputusan penuh perlawanan suku akhir:


Malaysia 3-0 Thailand

Ireland 10-0 Singapura

Itali 7-0 Hong Kong

Wales 2-1 Kazakhstan

Tags / Kata Kunci: Liga Hoki Dunia , Malaysia , Pasukan Wanita

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan