Stadium Putra Kini Dikenali Axiata Arena

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 8:32 PM

Khairy (tiga, kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Tan Sri Jamaludin Ibrahim (tiga, kanan) pada majlis perasmian Axiata Arena di Auditorium Foyer Axiata, Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stadium Putra di Bukit Jalil di sini kini dikenali sebagai Axiata Arena, selaras dengan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, penjenamaan stadium itu adalah hasil perkongsian antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Axiata Group Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.

"Kami masih meneliti butiran perjanjian dan berharap stadium itu dapat memberi impak dalam mempromosikan Kuala Lumpur sebagai hab sukan rantau ini selain berperanan sebagi pusat hiburan dan kebudayaan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pra-pelancaran Axiata Arena di Menara Axiata, di sini Isnin.

Khairy juga berkata, Axiata Arena akan menjadi mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur mulai Julai ini.

"Arena itu akan menjadi stadium utama untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, pada Ogos nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerja penyelenggaraan akan dikendalikan PSM manakala baki kerja naik taraf berada di bawah bidang kuasa Axiata mengikut klausa perjanjian tersebut.

Sementara itu, Khairy juga berkata, kementerian mengalu-alukan perkongsian dengan syarikat korporat bagi membangun dan menaik taraf stadium lain di seluruh negara.

"Kami mahu melihat stadium lain menjalin perkongsian dengan syarikat korporat bagi meningkatkan kemudahan dan nilai komersialnya," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group, Tan Sri Jamaludin Ibrahim turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan syarikat telekomunikasi tersebut menjadi syarikat korporat pertama menandatangani kontrak seumpama itu di negara ini.

"Ini adalah perjanjian pertama seumpama ini dan kami komited untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam bidang ini. 

"Axiata telah menjadi sebahagian daripada komuniti sukan untuk sekian lama dan berharap menerusi usaha ini, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya," katanya.

Sebaik kerja naik taraf selesai, stadium itu bakal setaraf dengan Staples Centre di Los Angeles, 02 Arena di London dan Mercedes Benz Arena di Shanghai sebagai gelanggang sukan berkelas dunia dan lokasi hiburan.

Stadium Putra ketika ini akan diubah suai untuk menampung pelbagai acara dengan kapasiti maksimum 14,425 tempat duduk yang merupakan jumlah tertinggi bagi dewan tertutup di negara ini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan