THA72 Juara Kelas Racing RLIR 2017 - Sukan Ekstra | mStar

THA72 Juara Kelas Racing RLIR 2017

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 7:02 PM

Whitcraft dari pasukan THA72 merupakan jurumudi termuda pada RLIR 2017. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pendatang baharu, THA72 dari Thailand muncul juara kelas Racing Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2017 yang berakhir pada abtu, sekali gus merangkul Piala Cabaran Perdana Menteri.

THA72 yang dikendalikan jurumudi termuda kelas itu, Don Whitcraft, 21, membuktikan kemampuan mereka dengan memenangi enam daripada tujuh perlumbaan sepanjang lima hari pertandingan.

Pada perlumbaan akhir, THA72 memperoleh satu lagi kemenangan untuk mengumpul lapan mata keseluruhan, menewaskan empat pasukan lain yang bersaing dalam kelas yang sama. 

Whitcraft, 21, berkata pencapaian dalam regata kali ini menjadi kenangan manis bagi pasukannya dan akan dijadikan bekalan semangat untuk pertandingan-pertandingan di masa hadapan. 

"Selepas Langkawi, kami akan pulang ke Thailand dan berada di sana selama beberapa minggu sebelum ke New Zealand untuk satu lagi pertandingan di sana," katanya.

Whitcraft berkata beliau juga berharap untuk kembali ke Langkawi bersama pasukannya tahun depan bagi mempertahankan kejuaraan mereka.

Sementara itu, Emagine dari Australia yang dikemudi Scott Bradley mengakhiri regata tahun ini di tempat kedua dengan 18 mata, diikuti Black Bazza (Hong Kong) dengan jurumudi, Steve Manning di tempat ketiga selepas mengumpul 22 mata.

Lebih 200 pelayar dari 11 negara mengambil bahagian dalam lapan kategori regata itu tahun ini. -Bernama

KEPUTUSAN PENUH RLIR 2017

Kelas Racing:  1. THA72 (THA) 8 mata  2. Emagine (AUS) 18   3. Black Bazza (HKG) 22   4. Oi! (AUS) 24   5. Uranus (MAS) 33     

Kelas IRC 1: 1. Mata Hari KL Registry (MAS) 7 mata 2. Insanity (MAS) 14 3. PhPlus (MAS) 22

Kelas IRC 2: 1. Phoenix (DEN) 7 mata 2. Old Pulteney Blue Angel (MAS) 15  3. Sailescapes Fargo Ladies (PNG) 20 4. Awatea (GBR) 30 

Kelas Sportsboats: 1. RSYC Team (MAS) 18 mata 2. Malaysian Armed Force Team 1 (MAS) 21 3. Pine-Pacific (THA) 23  4. SMU (SIN) 28 5. University Malaysia Terengganu (MAS) 29 6. SIPUT (MAS) 36  7. Burapha University Sailing Team (THA) 41   

Kelas Multihull: 1. Tantrum Too (SIN) 7 mata 2. Fetz Ma (AUT) 12  3. Mojo (AUS) 17 

Kelas Club: 1. VG Offshore (MAS) 7 mata 2. Milashka (TUR) 11  3. Lady Bubbly (AUS) 12

Kelas Ocean Rover: 1. Freedom 12 (MAS) 5 mata 2. My Toy (AUS) 7 

 Kelas White Sail: 1. Invictus Reward (GBR) 4 mata 2. Linda (USA) 10 3. Chantique (MAS) 11 

Tags / Kata Kunci: RLIR , THA72 , Langkawi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan