LHWD: Skuad Negara Mulakan Kempen Penuh Bergaya

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 11:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia (LHWD) penuh bergaya apabila membelasah Hong Kong 9-0 di Stadium Hoki Tun Razak di sini, Sabtu malam.

Pemain tengah, Nuraini Abdul Rashid muncul wirawati skuad  'MalaysianTigress' apabila menjaringkan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-48, 56 dan 60.

Terdahulu, skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu bermula agak hambar apabila membuka jaringan menerusi Nurul Nabihah Mansur hanya pada minit ke-17 menerusi gol padang, diikuti jaringan kapten pasukan Siti Noor Amarina Ruhani pada minit ke-24 dan Fazilla Sylvester Silin, lima minit kemudian.

Gerakan tangkas penyerang negara, Hanis Nadiah Onn sebelum menyumbat masuk bola ke gawang pasukan ke-37 dunia itu pada minit ke-41 menghadiahkan gol keempat buat skuad negara, sebelum Nor Hasliza Md Ali dan Fatin Shafika Mahd Sukri, masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-46 dan 49.

Bagaimanapun, Muhammad Dhaarma mengakui bahawa ujian sebenar kemampuan skuad negara yang menghuni ranking ke-21 dunia, adalah menentang skuad ranking ke-16 dunia, Ireland pada Isnin ini. -

"Selama setahun saya membimbing pasukan ini, mereka memang agak gugup dalam perlawanan pertama. Ujian sebenar kami adalah menentang Ireland kerana ia bakal menentukan siapa bakal juara kumpulan.

"Kita perlukan kemenangan ke atas Ireland untuk mengelak pertembungan dengan pasukan yang kuat seperti Itali di peringkat suku akhir," katanya kepada pemberita.

Pada satu lagi aksi Kumpulan B, Ireland yang menewaskan Malaysia3-0 pada aksi persahabatan, Isnin lepas, turut berpesta gol ke atas Kazakhstan dengan kemenangan 12-0. 

"Perlawanan menentang tuan rumah, Malaysia sudah pastinya sengit, namun kita akan menampilkan aksi terbaik kerana ia penting untuk layak ke Piala Dunia 2018, kerana kita hanya layak ke Piala Dunia sekali pada 2002," kata jurulatih Ireland Graham Shaw.

Hanya dua pasukan terbaik pada kejohanan ini, akan layak secara automatik ke Separuh Akhir LHWD di Belgium atau Afrika Selatan, yang merupakan peringkat terakhir kelayakan ke Piala Dunia 2018 di London.

Terdahulu pada aksi Kumpulan A, Itali membuka kempen LHWD dengan mengalahkan Wales 3-0, menerusi dua jaringan Valentina Braconi pada minit ke-26 dan 33 serta Eugenia Mastronardi pada minit ke-14.

Thailand pula menewaskan Singapura 4-0 menerusi jaringan Kornkanok Sanpoung pada minit ketujuh, selain tiga jaringan hasil pukulan sudut penalti Praphatsorn Khuiklang pada minit ke-52 dan Sirikwan Wongkaew (minit ke-57), sebelum Sanpoung melengkapkan kemenangan bergaya pasukan itu pada minit ke-58. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan