ISTAF Tarik Balik Dakwaan Terhadap Tiga Pemain Simpanan Negara

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 9:36 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF )memutuskan untuk menarik balik dakwaan terhadap tiga pemain negara atas dakwaan enggan menjalani ujian doping ketika Kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok, Oktober tahun lepas.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, yang juga merupakan pengerusi panel disiplin persekutuan itu selepas mesyuarat pada Rabu.

"Tiga pemain simpanan yang terlibat dalam regu pertama, kesemua dakwaan terhadap mereka dibawah Artikel 2.3 Perkara Doping ISTAF telah ditarik balik," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan sebab-sebab di sebalik penarikan dakwaan terhadap pemain-pemain negara itu.

Ketiga-tiga pemain simpanan negara yang terlepas daripada dakwaan ISTAF itu adalah Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi.

Mesyuarat disiplin ISTAF pada Rabu diadakan di bangunan Majlis Olimpik Thailand yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) termasuk presidennya Datuk Ahmad Ismail.

Walaupun ketiga-tiga pemain berkenaan terlepas daripada dakwaan berkenaan doping tetapi mereka bersama-sama enam pemain negara lain dan tiga pegawai berhadapan dengan dakwaan lain.

Enam pemain negara itu adalah Izurin Refin, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Safaruddin Abu Bakar, Sahidan Md Ali, Muhammad Ridauddin Abd Ghani dan Muhammad Azwan Muhrim.

Keenam-enam mereka bersama tiga pemain simpanan yang terlepas daripada dakwaan ISTAF hari ini serta pengurus pasukan, Mohd Zambri Abdul Rahman, jurulatih, Abdul Talib Ahmad dan Mohd Rashidi Nordin berhadapan dakwaan lain.

Mereka didakwa oleh ISTAF di bawah Peraturan 15.3 Undang-Undang Sepak Takraw atas tindakan memboikot aksi final pada 23 Oktober lepas.

Pemain-pemain dan pegawai pengurusan negara itu didakwa tidak tampil pada perlawanan regu kedua dalam perlawanan akhir menentang Thailand itu serta meninggalkan kejohanan itu.

Tindakan mereka itu telah menyebabkan satu laporan dikemukakan kepada ISTAF oleh Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Thailand, Tanawat Prasongcharoen.

Menurut Abdul Halim, keputusan panel disiplin ISTAF berkenaan dakwaan pelanggaran disiplin oleh sembilan pemain dan tiga pegawai pengurusan negara akan diputuskan pada Khamis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ISTAF , ujian doping

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan