Aksi Persahabatan: Malaysia Benam Wales 2-0

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 11:11 PM

Penyerang Hoki Wanita Kebangsaan, Hanis Nadiah Onn diasak pemain Wales pada aksi pemanas badan di Stadium Hoki Tun Razak menjelang Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan Kedua yang akan bermula Sabtu ini. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wales pada aksi persahabatan di Stadium Hoki Tun Razak di sini, Selasa.

Malaysia yang mempamerkan corak permainan menyerang sejak awal permainan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti Nuraini Abdul Rashid.

Wales yang tersentak dengan gol awal itu, bangkit memperkemaskan jentera serangan dalam usaha memburu gol.

Namun kekebalan benteng pertahanan negara diketuai penjaga gol terbaik Asia, Farah Ayuni Yahya berjaya mematahkan semua percubaan itu untuk kekal mendahului 1-0 sehingga waktu rehat.

Babak kedua menyaksikan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan, namun pasukan negara berjaya menambah jaringan di saat akhir permainan menerusi gol padang Wan Nurfaiezah Md Saiuti.

Walaupun pemain negara menampilkan aksi memberangsangkan, ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan.

"Kita bermain dengan agak baik apabila berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara menjelang saingan Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan Kedua yang bermula Sabtu ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan cabaran mereka menentang Hong Kong pada 14 Januari, diikuti Ireland (16 Januari) sebelum bertemu Kazakhstan dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 17 Januari.

Kumpulan A pula terdiri daripada Itali yang menghuni ranking ke-15 dunia bersama Wales, Singapura dan Thailand. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: hoki wanita , aksi persahabatan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan