Tiga Atlet Paralimpik Tekad Buru Lebih Kejayaan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 7:40 PM

(dari kanan) Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohd Fuzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Siti Noor Radiah Ismail bergambar selepas menerima sijil penghargaan daripada Tradewinds Travel Service dan DRB Hicom di Balai Ketibaan, KLIA pada Sabtu sekembali mereka daripada menunaikan umrah. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tiga atlet paralimpik negara yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 menyasarkan untuk memburu lebih banyak kejayaan tahun ini sekembali daripada menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Pemenang pingat emas (lontar peluru F20 lelaki), Muhammad Ziyad Zolkefli berharap hadiah umrah yang diterima syarikat konglomerat, DRB-Hicom Bhd menyemarakkan semangatnya melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan tahun ini termasuk Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017, September tahun ini.

"Saya harap dapat mengekalkan momentum kejayaan yang dilakar pada tahun lepas selain terus berusaha mencipta lebih banyak kejayaan untuk negara pada tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu.

Turut berkongsi pandangan sama adalah Abdul Latiff Romly yang menyifatkan peluang menunaikan umrah bersama keluarganya merupakan satu pemangkin untuk dirinya memburu kejayaan terutamanya dalam melayakkan diri beraksi buat julungkalinya pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.

"Banyak pengalaman yang saya kutip sewaktu menunaikan umrah dan saya gembira dapat bersama ibu bapa di sana," katanya.

"Saya akan kembali menyambung latihan selepas ini untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada Mac ini selain cuba melayakkan diri ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017," kata Abdul Latif yang merupakan pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki.

Pemenang pingat emas acara 100 meter T36, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi pula berharap dapat meneruskan rentak kecemerlangan yang diraihnya pada tahun lepas sambil menyifatkan hadiah umrah itu perkara paling istimewa untuk dirinya serta keluarga sepanjang bergelar seorang atlet kebangsaan.

"Sepanjang berada di sana, saya turut mendoakan kesejahteraan ibu bapa serta adik beradik saya namun fokus utama saya adalah untuk mencatat keputusan positif pada Sukan Para Asean 2017, September nanti," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB-Hicom Mahmood Abdul Razak berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memberi penghargaan yang sama kepada atlet negara sekiranya melakar kejayaan pada temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

"Kita harap program ziarah dan umrah yang dihadiahkan kepada atlet paralimpik ini menjadi inspirasi kepada atlet negara yang lain untuk mengharumkan nama negara pada masa depan," katanya.

DRB-Hicom Bhd menaja empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu termasuk pemenang pingat gangsa (lompat jauh F20wanita), Siti Noor Radiah Ismail untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Rombongan itu yang berlepas pada 26 Disember lepas turut disertai oleh 15 jemaah lain terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara,wakil DRB-Hicom dan media. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Atlet Paralimpik

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan