Atlet Paralimpik Jadi Tumpuan Jemaah Umrah Dari Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 8:19 AM

Jaguh Sukan Paralimpik 2016 (dari kiri) Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohd Fuzi dan Siti Noor Radiah Ismail berswafoto bersama sebelum berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunai umrah di bawah tajaan sepenuhnya oleh syarikat konglomerat, DRB Hicom Bhd semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 26 Disember lalu. Turut berangkat adalah 15 jemaah yang lain terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara dan wakil media. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Selepas kejayaan merangkul tiga pingat emas dan satu gangsa di temasya Sukan Paralimpik Rio pada September lepas, nama atlet paralimpik negara sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kelibat empat atlet paralimpik negara iaitu Mohamad Ziyad Zolkefli, Mohamad Riduan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail turut menjadi tumpuan jemaah umrah dari Malaysia di sini.

Keempat-empat mereka kini berada di sini sejak Isnin lepas untuk menunaikan ibadah umrah di bawah tajaan syarikat konglomerat, DRB-Hicom sebagai penghargaan terhadap atlet berkenaan yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

"Saya tidak menyangka yang saya dapat berjumpa dengan Ziyad dan Latif di sini. Saya dapat tahu mereka akan mengerjakan umrah dan saya bertuah berjumpa mereka," kata Muhd Zaki Ibrahim dari Johor Baharu.

Menurut Muhd Zaki, beliau amat berbangga dengan kejayaan atlet-atlet paralimpik negara itu dan berharap mereka akan terus berjaya mencipta kejayaan selepas ini.

Rombongan umrah atlet paralimpik dan keluarga itu pada Rabu dibawa menziarah Masjid Quba dan Bukit Uhud serta beberapa tempat tumpuan jemaah umrah di sini.

Semasa sesi lawatan hari ini, ramai jemaah umrah dari Malaysia yang mengambil kesempatan bergambar bersama mereka.


Bagi ibu Abdul Latif, Salmah Yatim, beliau amat menghargai peluang yang diberikan kepada Abdul Latif dan keluarganya.

"Saya akui memang Latif sudah dikenali ramai tapi Latif lebih suka menyendiri sebab rasa janggal bila terlalu ramai yang mengenali dia," katanya.

Tags / Kata Kunci: atlet Paralimpik , Madinah , DRB-Hicom

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan