Bersenam Sambil Merawat Penyakit Di 'MS New Symphony Exercise Clinic'

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 9:34 PM

Jessy Lai (kiri), Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah dan Ketua Eksekutif MS New Symphony Exercise Clinic Dr. Lee Chee Pheng (kanan) melihat pelatih terapi menggunakan peralatan kecergasan ketika majlis perasmian klinik kecergasan itu pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amalan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman di pusat kecergasan tidak bermakna seseorang itu terhindar daripada beberapa penyakit Non-communicable Desease (NCD) yang hadir tanpa disedari.

Biarpun begitu banyak pusat kecergasan ditubuhkan dalam memupuk rakyat menjalani gaya hidup sihat, persoalan timbul sejauh mana penyakit NCD seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti serta kolesterol tinggi dapat diatasi dengan menjalani akviti kecergasan ini.

Bagi mengatasi masalah-masalah kesihatan yang dianggap antara 'pengganggu' utama kesihatan bagi rakyat Malaysia, Monspace MNC telah menubuhkan sebuah pusat kecergasan yang dikenali MS New Symphony Exercise Clinic.

MS New Symphony Exercise Clinic yang pertama ditubuhkan khas bagi menangani masalah kesihatan yang berkaitan melalui senaman dengan tunjuk ajar pakar terapi bertauliah.

Di klinik ini, pelanggan atau pesakit akan diajar bagaimana untuk melakukan senaman dengan betul untuk mencapai kesihatan lebih baik terutamanya mereka yang mempunyai masalah NCD.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Dr Jessy Lai yang merasmikan klinik kesihatan ini pada Selasa lalu berkata, pihaknya akan membukan 20 buah lagi cawangan MS New Symphony Exercise Clinic di seluruh negara pada 2017.

"Pembukaan rasmi cawangan pertama di Bukit Jalil ini menjadi saksi satu lagi peristiwa bersejarah dalam bidang perubatan senaman di negara ini dan MS New Symphony Exercise Clinic berbangga untuk mengetuainya," jelasnya pada majlis perasmian di baru-baru ini.

Jessy merupakan seorang usahawan terkenal di Asia dan telah meneriman anugerah Queen Victoria Commemorative Medal oleh European Bussiness Assembly (EBA) baru-baru ini.

Dalam pada itu, klinik senaman yang dilancarkan itu menggunakan pendekatan senaman sebagai langkah pertama bagi rawatan penyakit untuk tempoh enam bulan.




"Jika tindak balas pesakit terhadap latihan adalah posistif, mereka akan teruskan latihan bersama pemantauan doktor, manakala jika tiada tindak balas selepas itu, farmaseutikal akan dimulakan oleh perawat mereka," jelas jurucakap MS New Symphony Exercise Clinic.

Namun sebelum pesakit memulakan kaedah rawatan senaman, seorang doktor perubatan pakar fizikal akan melakukan siri ujian untuk memastikan program yang berkesan kepada pelanggan atau pesakit mereka.

Antara ujian yang dijalankan termasuk kecergasan stamina (kardiovaskular), keadaan kekuatan asas, kekuatan bahagian atas badan, abdomen dan peratusan berat badan.

Pelanggan atau pesakit dikehendaki menjalani sesi latihan 2-3 kali seminggu untuk tempoh 45 hingga 60 minit setiap sesi.

Selain daripada merawat penyakit-penyakit berjangkit, klinik ini juga menawarkan program-program kesihatan lain termasuk Program Kesihatan Umum, Program Latihan Sokongan Kanser dan Latihan Untuk Warga Emas.

Klinik senaman ini beroperasi di No 20-2 &20-3, The Earth, Jalan Bukit Jalil 1 dan latihan akan dikendalikan oleh seorang Pelatih Terapi (ET) dengan kadar bayaran hanya RM139 sebulan. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan