TSG Sambar Bekas Jurulatih Baku Synergy, Kuatkan Pasukan

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 12:56 PM

Jeremy Hunt.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) mula mengatur strategi menguat pasukan dengan melantik bekas jurulatih pasukan Baku Synergy, Jeremy Hunt sebagai jurulatih.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata jurulatih yang berasal dari United Kindom itu dilantik bermula 1 Disember lalu dan menandatangani kontrak bagi tempoh percubaan selama tiga bulan.

"Kita memilih bekas pelumba Team Sky berkenaan bagi memantapkan lagi pasukan TSG musim depan," katanya.

Farhan berkata Jeremy, 42, bakal menggalas tugasan utamanya dalam Le Tour de Langkawi dan Tour de Filipina tahun hadapan.

Mengikut rekod, pada tahun ini pasukan TSG berjaya menduduki tangga ketujuh menerusi Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) dan tempat keempat Asia yang turut disertai 94 pasukan di seluruh dunia.

Beliau berkata setakat ini, TSG mendapat sokongan dan tajaan daripada 20  syarikat penaja di dalam dan luar negara dengan nilai tajaan berjumlah RM6 juta.

"Kita dalam proses bagi melakukan penambahbaikan dalam pasukan bagi  memastikan pasukan lebih cemerlang bagi musim depan.

"Walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang kita masih menerima tajaan daripada pelbagai pihak dan ini membuktikan pasukan TSG merupakan pasukan yang bagus dari segi pengurusan dan telus dalam setiap urusan serta mendapat kepercayaan penaja," katanya. - Bernama


Tags / Kata Kunci: TSG , Jeremy Hunt

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan