Pengimpal Besi Buka Kelas Memanah Tradisional

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Seorang pengimpal besi bersama rakan-rakannya mengambil keputusan untuk membuka kelas memanah tradisional bagi memperkembangkan sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah S.A.W itu kepada masyarakat di daerah Tangkak.

Johaini Soradi, 40, berkata beliau mengajar sukan sunnah Rasulullah itu dua tahun lepas dengan niat untuk memperkenalkan sukan tersebut kepada orang ramai dengan menerapkan eleman tauhid iaitu keyakinan penuh kepada Allah dalam apa jua pekerjaan termasuk dalam bersukan.

"Dalam sukan memanah tradisional, kita hanya menggunakan 30 peratus tenaga untuk memanah dan selebihnya 70 peratus adalah berserah kepada kekuasaan Allah dan ini saya terapkan dalam mengajar murid-murid saya," katanya.

Johaini berkata oleh kerana sukan memanah tradisional menggunakan peralatan senjata, maka, unsur disiplin merupakan perkara penting yang perlu diletakkan dalam mata pelajaran kerana ia boleh mengundang bahaya jika berlaku kesilapan atau kecuaian.

Beliau yang kini mempunyai lebih 100 murid di sekitar Tangkak berkata sukan memanah tradisonal masih baharu lagi di daerah tersebut, namun, sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya daripada pelajar sekolah dan guru agama.

"Saya dan rakan-rakan membuka syarikat Zulsadat Enterprise di bandar Tangkak sejak dua tahun lepas dengan bermodalkan RM100 sahaja, namun, alhamdulillah kami berjaya bertahan sehingga hari ini," katanya.

Johaini berkata bagi mengurangkan kos, beliau membuat sendiri panah dengan mengunakan plastik PVC dan alatan lain yang diimport dari luar negara bagi menghasil panah dengan kos yang lebih murah.

Katanya dia hanya mengenakan bayaran serendah RM30 seorang bagi mata pelajaran asas termasuk kos makanan dan sijil selama setengah hari kepada mereka yang berminat.

Beliau berharap sukan memanah tradisional dapat diperkembangkan lagi pada masa akan datang dan lebih ramai individu terutamanya mereka yang beragama Islam mendekati sukan yang digemari oleh Rasulullah itu.

"Di Tangkak belum ada lagi kelab atau persatuan sukan memanah tradisional, saya harap ada pihak yang berminat utuk menubuhkannya demi memperkembangkan lagi sukan ini di sini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan