Sukan Asia Musim Sejuk, Komanwel Belia 2017: Tiada Sasaran Khusus Pingat

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 7:28 PM

Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak meletakkan sasaran khusus pingat kepada kontinjen negara pada Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun dan Sukan Komanwel Belia 2017 di Bahamas.

Sukan Asia Musim Sejuk 2017 akan berlangsung dari 19 hingga 26 Feb, manakala Sukan Komanwel Belia 2017 pada 19 hingga 23 Julai.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata badan induk itu berpendapat standard atlet negara masih jauh ketinggalan berbanding atlet Korea Selatan dan Jepun yang mempunyai pengalaman luas menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk.

"Kedua-dua negara berkenaan sudah tentu menghantar kontinjen terkuat dan kita berpendapat lebih baik memberi fokus bagi memperbaiki pencapaian peribadi sebagai penanda aras untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang mana beberapa sukan dipertandingkan pada Sukan Musim Sejuk itu, disenaraikan pada Sukan SEA.

"Perkara sama turut diberi tumpuan pada Sukan Komanwel Belia memandangkan negara-negara Caribbean mempunyai pencapaian terbaik dalam beberapa sukan seperti olahraga, namun kita berharap atlet Malaysia dapat membuatkan negara bangga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan bagi kedua-dua temasya sukan itu di Wisma MOM di sini Rabu.

Beliau berkata Malaysia akan menghantar 36 atlet dan 19 pegawai untuk menyertai empat sukan pada Sukan Asia Musim Sejuk iaitu hoki ais, 'figure skating', 'short track speed skating' dan 'alpine skiing'.

Sementara, katanya kontinjen negara yang terdiri daripada 14 atlet dan tujuh pegawai akan menyertai tiga sukan pada Sukan Komanwel Belia 2017, iaitu renang, olahraga dan berbasikal.

"Kita menolak cadangan penyertaan tinju pada Sukan Komanwel Belia kerana kita merasakan peninju negara tidak mencapai tahap untuk bersaing dengan peninju dari negara-negara Komanwel," kata Tunku Imran.

Sukan Asia Musim Sejuk 2017 akan menampilkan lima sukan melibatkan 11 acara iaitu alpine skiing, cross-country skiing, ski jumping, freestyle skiing, speed skating, short track speed skating, snowboard, figure skating, biathlon, hoki asi dan Curling.

Enam sukan pula akan dipertandingkan pada Sukan Komanwel Belia 2017 iaitu olahraga, tinju, berbasikal lebuh raya, judo, ragbi tujuh sebelah (lelaki dan wanita) dan renang. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan