Kemelut KHM, JHA Hampir Selesai

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 4:30 PM

Subahan Kamal.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut membabitkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Persatuan Hoki Johor (JHA) berhubung wang tajaan berjumlah RM100 ribu bagi penganjuran Piala Sultan Johor 2016 hampir selesai.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya telah menjelaskan bahawa pembayaran tajaan tersebut akan diselesaikan selepas menghantar laporan akhir kejohanan itu kepada penaja utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Mana-mana negeri yang menganjurkan kejohanan hoki, KHM akan bayar tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh penaja.

"Pihak penganjur kejohanan perlu menghantar laporan sebaik sahaja kejohanan berakhir kepada KHM, seterusnya kami menghantar laporan itu pada TNB," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM kelapan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM).

Subahan berkata pada mesyuarat tersebut, JHA diwakili Setiausaha Kehormatnya, Shahbudin Royani.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat hari ini, Subahan menjelaskan KHM mencadangkan penganjuran kejohanan bawah 21 tahun pada edisi depan bagi persiapan Piala Dunia Remaja 2020.

Katanya keputusan itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat akan datang selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, George Koshy memberikan laporan tentang cadangan tersebut.

"Cadangan itu adalah untuk membentuk satu pasukan remaja yang mantap jadi kita perlu bermula pada musim depan, kita mesti bermula dengan pemain bawah 16 tahun untuk diberikan pendedahan awal sehingga mereka bersedia untuk kejohanan pada 2020 itu nanti," katanya.

Bagi jadual perlawanan skuad senior musim depan, pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya akan menyertai enam kejohanan penting termasuk, Piala Asia, Liga Kebangsaan, Piala Sultan Azlan Shah, Liga Hoki Australia dan pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Trinidad and Tobago.

Skuad wanita pula akan menyertai pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur pada Januari depan. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KHM , JHA , hoki

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan