Turun Sebagai 'Underdog' Bukan Alasan Tiada Tekanan

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Turun sebagai pasukan 'underdog' tidak bermakna skuad negara tidak menghadapi tekanan sebaliknya perlu memberikan saingan hebat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow, India, dari 8 hingga 18 Disember ini.

Ketua pasukan, Mohd Najib Abu Hassan berkata peluang beraksi di kejohanan berprestij perlu digunakan sebaik-baiknya oleh semua pemain kerana pasukan mempunyai tanggungjawab untuk melakar kejayaan buat negara.

Katanya, semua pemain perlu mempunyai sasaran untuk mencapai kejayaan pada setiap perlawanan dan tidak memandangkan mudah pasukan lawan yang sudah melakukan persiapaan lebih awal.

"Bagi pasukan bukan pilihan, bagi saya kita tidak boleh ambil mudah dalam semua perlawanan, skuad perlu ada sasaran untuk menang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin.

Selain Mohd Najib, pemain remaja yang mempunyai pengalaman bersama skuad senior seperti Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi , Najmi Farizal Jazlan turut bersama pasukan di India.

Skuad remaja negara akan memulakan kempen menentang Belanda pada 10 Dis kemudian bertemu Mesir pada keesokkanya dan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan B menentang Belgium pada 13 Disember.

Malaysia menerima jemputan pada saat akhir selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) secara rasmi membatalkan penyertaan Pakistan daripada kejohanan tersebut.

Sementara itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata beliau mahu skuad negara tidak sekadar menyertai perlawanan tetapi pulang dengan keputusan membanggakan.

"Walaupun sasaran MHC sebelum ini adalah suku akhir, bagi saya pasukan itu sendiri perlu menetapkan sasaran mereka...saya berharap mereka memberikan prestasi yang baik dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin.

"Walaupun kita diberi peluang mengambil untuk melengkapkan perlawanan tetapi  skuad remaja negara perlu berasakan mereka layak beraksi di Piala Dunia. Saya percaya mereka berkobar-kobar untuk melakukan kejutan," kata Subahan.

Untuk rekod penyertaan, Malaysia menduduki tempat keempat tewas kepada Belanda 2-7 pada 2013 dan turut menduduki kedudukan yang sama dalam tiga penyertaan pada 1979, 1982 dan 1985. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan