Sukan SEA 2017: Marina Chin Puas Hati Persiapan Kontinjen Negara

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persiapan kontinjen negara untuk menghadapi Sukan SEA 2017 berjalan seperti dirancang dan berada di landasan yang tepat.

Ketua kontinjen negara ke temasya sukan itu, Datuk Marina Chin berkata beliau berpuas hati dengan persiapan pasukan dan persatuan bagi setiap kategori sukan yang akan disertai.

Namun, beliau berkata masih ada beberapa kelemahan tertentu yang perlu diatasi dengan segera.

"Semua persatuan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya kelemahan itu dikenal pasti, ia perlu dapatkan bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan sebagainya," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat bersama pengurus pasukan di sini Isnin.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo memberi jaminan venue pertandingan bagi semua acara pada Sukan SEA 2017 akan siap seperti dijadualkan.

Beng Choo turut memaklumkan venue bagi bola sepak juga mungkin ditambah kepada lima atau enam kerana semua 10 anggota ASEAN dijangka menyertai acara itu.

"Kita perlukan venue yang banyak untuk acara bola sepak. Tambahan pula pada edisi kali ini mempertandingkan kategori lelaki dan wanita," katanya sambil menambah semua venue pertandingan masih belum dimuktamadkan.

"Perancangan 'Pelan B' tetap ada sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini pada venue pertandingan itu nanti," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Marina Chin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan