Pemain Tidak Dimaklum Ambil Ujian Doping - PSM

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menafikan enam atletnya lari daripada menjalani ujian doping sewaktu Kejohanan Piala Raja Thai, bulan lalu, sebaliknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata siasatan awal pihaknya mendapati tiada pemain negara yang dipanggil mengambil ujian itu.

"Kami memanggil kesemua enam pemain berkenaan pada Isnin lalu dan kami mendapati tiada seorang pun mengetahui, dimaklumkan atau dipanggil mengambil ujian anti-doping itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di sini, Jumaat.

Kesemua enam atlet dan tiga pegawai pasukan negara kini menjalani penggantungan sementara selepas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) membuat keputusan itu sehingga siasatan selesai.

Berikutan itu, Ahmad Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat andaian awal yang mengatakan atlet sepak takraw lari daripada membuat ujian berkenaan.

"Saya merayu kepada semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjatuhkan maruah pemain kita dan biarlah perkara ini diselesaikan dengan saluran yang betul," katanya.

Rabu lepas, PSM menerima surat tuduhan daripada Istaf dan kesemua pemainserta pegawai terbabit mempunyai masa 14 hari untuk menjawabnya.

"PSM akan membantu mereka sebaik mungkin untuk membalas surat tersebut kepada ISTAF dan saya akan pastikan surat berkenaan akan sampai ke tangan Istaf dalam jangka waktu tersebut," katanya. 

Menurut peraturan, perbuatan mengelak atau enggan atau gagal menjalani ujian doping tanpa alasan munasabah selepas diberitahu, adalah kesalahan mengikut Artikel 2.3 Kod Anti-Doping Dunia yang boleh dikenakan penggantungan minimum dua tahun dan maksimum empat tahun.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: PSM , Datuk Ahmad Ismail , doping

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan