Doping: Tiga Atlet Takraw Program Podium Antara Terlibat

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga daripada enam pemain sepak takraw kebangsaan yang digantung susulan isu dopping ketika menyertai Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand baru-baru ini, merupakan atlet di bawah Program Podium.

Ketiga-tiga atlet tersebut digantung bersama tiga lagi pemain dan tiga pegawai selepas enggan  bekerjasama memberikan sampel air kencing ketika diminta berbuat demikian kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil dari Vietnam dan bertindak memulau perlawanan menentang beregu utama pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun alasas tersebut tidak mampu mengekang hukuman yang dilaksanakan ke atas mereka terutamanya bagi atlet yang di bawah Program Podium kerana mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pengarah Program Podium, Tim Newenham menegaskan, berdasarkan peraturan program tersebut, setiap atlet yang melanggar kontrak secara automatik akan digantung sehingga keputusan siasatan diterima.

“Saya tidak menyebut secara spesifik, tetapi sekiranya ada atlet yang melanggar kontrak, mereka digantung sementara mendapatkan keputusan siasatan,” ujarnya selepas majlis pengumuman Kriteria Pemilihan  Atlet Program Podium 2017 di Institut Sukan Negara (ISN) pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN, Dr Mohd Khairi Zawi berkata, sepak takraw antara salah satu acara yang dipilih berada dalam Program Podium 2016.

“Atlet-atlet terbabit digantung sementara . Sehingga itu, segala kemudahan yang diberikan kepada mereka dibekukan seketika sehingga mendapat keputusan rasmi,” ujarnya.

Seramai 12 pemain sepak takraw berada dalam senarai keseluruhan 97 atlet melibatkan 21 acara di bawah Program Podium 2016.

Pada Rabu, Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) mengesahkan penggantungan enam pemain dan tiga pegawai sepak takraw Malaysia kerana kesalahan doping.

Adamas memberi tempoh 14 hari kepada semua yang terlibat untuk membuat rayuan terhadap penggantungan itu.

Hukuman penggantungan akan dikenakan kepada atlet atau pegawai yang melanggar dan gagal memberi kerjasama dalam menyediakan sampel air kencing di bawah peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan