CEO ISN Sedia Berundur Jika Program Podium Gagal Capai Matlamat

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Dr Mohd Khairi Zawi sedia berundur sekiranya prestasi atlet Program Podium 2017 tidak mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dr Mohd Khairi yang dilantik sebagai CEO di ISN Januari lalu, berpendapat bahawa Program Podium ini dianggap sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) beliau sejak memegang jawatan ini.

"Kejayaan atau kegagalan Program Podium 2017 ada tanggungjawab saya. Sekiranya tidak mencapai apa yang disasarkan kepada atlet, saya sedia berundur bagi memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai perancangan lebih baik.

"Bagaimanapun, saya yakin dengan matlamat program ini untuk melihat pingat emas pertama di Tokyo (2020) mampu dibuat dengan perancangan ISN," jelasnya selepas mengumumkan Kriteria Pemilihan Atlet Podium 2017 pada Khamis.

Pengasas Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, kriteria pemilihan lebih jelas dibuat untuk memastikan setiap atlet berkemampuan menunjukkan prestasi tinggi dalam menghasilkan pencapaian berkelas dunia.

"Hanya atlet daripada sukan yang tersenarai dalam Sukan Olimpik, Paralimpik, Komanwel atau Sukan Asia akan dipertimbangkan untuk pemilihan," katanya.

Dalam pada itu Pengarah Program Podium, Tim Newenham berkata, antara matlamat prestasi yang diberi perhatian adalah meraih pingat emas Sukan Olimpik di Tokyo (2020), selain mencapai kedudukan 10 terbaik pada Sukan Komanwel 2018 serta dalam kelompok 10 terbaik di Sukan Asia , Jakarta (2018).

"Manakala bagi kejohanan Sukan Paralimpik, kita meletakkan sasaran untuk meraih lebih banyak pingat di Tokyo berbanding sebelum ini.

"Dan kita juga mahu melihat 10 atlet berada pada ranking enam teratas dunia.

"Senarai atlet yang terpilih untuk Program Podium 2017 ini akan dikongsi bersama Persatuan Sukan Kebangsaan dan akan diumumkan sebaik sahaja keputusan muktamad dibuat," ujarnya.

Dalam pada itu, Program Podium 2016 yang bakal berakhir hujung tahun ini sudah membuktikan keputusan positif selepas mencapai beberapa kejayaan pada Sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio tahun ini.

Malah Newanham berkata, ianya jelas menunjukkan keupayaan untuk pingat di Sukan Olimpik, Paralimpik, Sukan Komanwel serta Sukan Asia akan datang.

Sebagai rekod, Program Podium merupakan salah satu inisiatif Pelan Prestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan untuk merealisasikan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain muncul 10 pasukan terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan