Velodrom Nilai Lokasi Kejohanan ACC 2018

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Velodrom Nilai di Negeri Sembilan dipilih sebagai gelanggang Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 sesuai dengan statusnya sebagai velodrom tertutup bertaraf dunia.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata Velodrom Nilai menjadi pilihan kerana Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak yang dicadangkan sebelum ini sudah lama tidak menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Berikutan penukaran gelanggang itu, kata Abu Samah, PKBM sendiri akan menganjurkan ACC 2018 selepas Persatuan Berbasikal Perak (PCA) menarik diri daripada menganjurkannya.

"Presiden PCA, Datuk Amarjit Singh berpendapat Velodrom Rakyat wajar dijadikan gelanggang ACC 2018 kerana mahu kejohanan antarabangsa diadakan di sana selepas menjalani proses pembaikan semula.

"Namun ahli exco berpandangan lebih baik sekiranya Velodrom Nilai dijadikan gelanggang ACC 2018 sesuai dengan statusnya sebagai velodrom tertutup bertaraf dunia," katanya.

Malaysia diberi hak penganjuran ACC 2018 oleh Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC yang bermesyuarat di Doha, Qatar selepas Thailand dan Korea Selatan menarik diri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ACC 2018 , Velodrom Nilai

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan