Acara Trek, Padang Sukan SEA Pada Waktu Malam

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Acara trek dan padang Sukan SEA ke-29 tahun depan akan dilangsungkan pada sebelah petang dan malam bagi menarik kehadiran lebih ramai penonton.

Pengurus Olahraga Sekretariat Sukan SEA 2017, M. Iyaru berkata perubahan itu perlu bagi menarik lebih ramai penonton ke stadium, sesuatu yang gagal dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, acara trek dan padang dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang.

"Kami mahukan jumlah penonton yang lebih besar dan sebab itu kami cuba adakannya pada sebelah malam. Ada dua sesi iaitu sesi pertama yang bermula pukul 3 petang dan sesi kedua bermula 8 malam dan berakhir 10.30 malam.

"Acara yang lebih penting akan dilangsungkan pada lewat petang. Biasanya bilangan penonton adalah rendah pada hari bekerja manakala peminat sukan akan memilih sukan yang diadakan serentak pada siang hari.

"Jadi, kami berharap orang ramai akan datang menyaksikan acara trek dan padang selepas waktu kerja," katanya pada Isnin.

Acara trek dan padang dijangka diadakan dari 22-26 Ogos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Iyaru, yang juga Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berkata Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan KOM bersedia mengadakan acara itu pada sebelah malam.

Sementara itu, acara maraton lelaki dan wanita akan dilangsungkan pada pukul 6 pagi 19 Ogos di Putrajaya dan hadiah kepada pemenang akan diberikan sewaktu upacara pembukaan hari yang sama.

"Garisan permulaan dan penamat adalah berhampiran Istana Kehakiman di Putrajaya melibatkan laluan sejauh 42.195 kilometer (km).

"Orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan 12km Fun Run pada hari yang sama...ia terbuka kepada mereka yang berumur 13 tahun ke atas.

"Mereka yang berjaya menamatkan perlumbaan itu akan diberikan pingat. Ini bukan pertandingan tetapi hanya untuk mendapatkan penyertaan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Iyaru berkata Jawatankuasa Penganjur KOM untuk temasya sukan dwitahunan tersebut akan dilantik selepas mesyuarat Majlis KOM yang diadakan dua minggu lagi.

Berbaki lapan bulan sebelum upacara pembukaan pada 19 Ogos 2017, ia adalah penting untuk melantik anggota yang akan menyelia isu teknikal, kejurulatihan, perubatan dan perkara lain, katanya.

"Sebelum Sukan SEA, kami akan mengadakan ujian pra-perlumbaan untuk menguji trek, peralatan, pegawai teknikal dan atlet. Daripada itu, kita dapat mengesan sebarang kekurangan sebelum temasya bermula.

"KOM akan memainkan peranan untuk membantu Malaysia muncul juara keseluruhan di temasya itu nanti dan saya percaya dengan sokongan pelbagai pihak termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, ia dapat dilakukan," katanya.

Sukan SEA 2017 dijadualkan dari 19-31 Ogos dan ini adalah kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA Ke-29 , acara trek , padang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan