Azizulhasni, Fatehah Buka Peluang Pelumba Muda

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa acara keirin pada Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang menegaskan beliau memutuskan untuk tidak meneruskan komitmen bersama Yayasan Sime Darby (YSD) kerana kontrak yang ditawarkan tidak sesuai bagi dirinya.

"Saya dan Fatehah (Mustapa) diberi pilihan untuk pertimbang tawaran baharu. Namun tawaran itu tak sesuai untuk saya, jadi saya tolak secara berhemah," katanya kepada mStar Online.

Meskipun sudah tidak lagi mewakili YSD, Azizulhasni berkata kedua-dua pihak masih mengekalkan hubungan baik kerana beliau merupakan penerima biasiswa YSD Star.

"Hubungan kami masih baik. YSD maklumkan mereka tetap akan meneruskan biasiswa pengajian saya di Universiti Victoria, Melbourne," katanya.

Ditanya sama ada beliau dan Fatehah sudah ada penaja baharu, Azizulhasni berkata mereka masih dalam proses rundingan dengan beberapa penaja berpotensi.

"Buat masa ini masih belum ada penaja baharu. Kami masih mencari dan sudah ada beberapa penaja yang berpotensi tapi masih dalam proses rundingan," katanya.

Sementara itu, Fatehah berkata beliau menolak tawaran YSD kerana mahu memberi peluang kepada pelumba muda yang mempunyai potensi cerah untuk menyumbang pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Ada diberi pilihan tapi saya mahu beri peluang kepada junior. Mereka berhak mendapat manfaat daripada tajaan tersebut," katanya.

YSD pada Khamis mengumumkan penajaan bernilai RM2.6 bilion bagi persediaan enam pelumba muda untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo dalam tempoh empat tahun lagi.

Tanpa kelibat Azizulhasni dan Fatehah, skuad berbasikal trek YSD diperkuat Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Anis Amira Rosdi, Muhammad Fadil Mohd Zonis, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Keenam-enam pelumba itu dipilih oleh Ketua Jurulatih Basikal Negara, John Beasley berdasarkan potensi mereka. 

Penajaan sebanyak RM2.6 juta itu akan bermula pada Februari tahun depan sehinggalah Tokyo 2020.

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang , Fatehah Mustapa

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan