Azizulhasni, Fatetah Tamat Kontrak Bersama YSD

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Sime Darby (YSD) pada Khamis mengumumkan dua pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa tidak lagi mewakili yayasan tersebut selepas kontrak mereka berakhir pada Ogos lalu.

Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, kedua-dua pelumba itu menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan kontrak bersama YSD.

"Ada kebebasan diberikan kepada mereka sama ada untuk kekal bersama kami atau tidak. Azizulhasni dan Fatehah maklumkan hasrat untuk tidak meneruskan kontrak bersama YSD. Ia satu kehilangan besar kepada YSD.

"Namun saya percaya Azizulhasni dan Fatehah barangkali sudah ada penaja lain. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka," katanya pada sidang media selepas mengumumkan penajaan YSD bernilai RM2.6 juta kepada enam pelumba muda untuk program Road To Tokyo 2020 Olympic di sini, Khamis.

Namun, Musa berkata YSD akan terus menaja pengajian Azizulhasni di Universiti Victoria Melbourne kerana beliau merupakan penerima biasiswa YSD Star berjumlah RM456,000.

"Kami akan terus membiayai pengajiannya di Melbourne menerusi biasiswa YSD Star," katanya.

YSD menaja skuad trek negara termasuk Azizulhasni sejak 2009 hingga 2012 bagi menghadapi Olimpik London dengan penajaan berjumlah RM2 juta.

Selepas menamatkan Olimpik London tanpa sebarang pingat, YSD terus melanjutkan penajaan menghadapi kempen di Rio dengan nilai tajaan RM2.85 juta.

Walaupun tuntutan saman yang difailkan YSD terhadap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung pelanggaran terma perjanjian penajaan masih diperingkat rayuan, ia tidak melunturkan kepercayaan yayasan itu untuk terus menaja enam pelumba muda negara bagi mengikut latihan di Melbourne.

Musa berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana subjudice memandangkan kes masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Namun katanya, YSD amat tegas dan menekankan standard pentadbiran tertinggi dalam soal pengurusan dana tajaan.

"Jadi apabila tiada penjelasan mengenai perbelanjaan wang tajaan maka kami perlu ambil tindakan," katanya.

Bagi program Road to Tokyo 2020 Olympic, YSD memperuntukkan dana sebanyak RM2.6 juta terhadap enam pelumba muda negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Shahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Anis Amira Rosdi, Muhammad Fadil Mohd Zonis dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Enam pelumba muda berusia antara 19 dan 21 tahun ini dipilih secara teliti oleh jurulatih berbasikal negara, John Beasley berdasarkan potensi mereka untuk menjadi pelumba berkelas dunia dan peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo dalam tempoh empat tahun lagi.

Farina Shawati, salah seorang pelumba elit negara merasakan dirinya amat bertuah kerana terpilih untuk menerima tajaan YSD sekali gus melonjakkan impiannya untuk melayakkan diri ke temasya berprestij dunia itu.

"Saya amat terkejut kerana tidak menduga dipilih sebagai salah seorang penerima tajaan ini. Saya juga gembira kerana bukan mudah nak dapat tajaan seperti ini.

"Dengan tajaan ini, ia akan memberi peluang kepada pelumba muda seperti kami untuk menyertai lebih banyak kejohanan di peringkat antarabangsa dalam usaha mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Olimpik Tokyo," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan