FBT Taja RM7.5 Juta Untuk Sukan SEA, Para Asean 2017

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 10:14 PM

Khairy dan Timbalannya Datuk M. Saravanan (empat, kiri) bersama Presiden FBT. Kamol Chokephaibulkit (tiga, kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman Penajaan Platinum FBT sebagai pakaian rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) menerima suntikan penajaan bernilai RM7.5 juta daripada Football Thai Factory Goods Co Ltd., (FBT) untuk temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan di Kuala Lumpur tahun depan.

Selaku penaja platinum, pengeluar barangan sukan terbesar di rantau ini akan membekalkan lebih 100,000 pakaian dan kelengkapan sukan untuk sukarelawan, petugas dan pegawai bagi kedua-dua temasya sukan itu yang dikenali sebagai KL2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata jenama Thailand itu dipilih berdasarkan kualiti produk, jaminan perbekalan dan nilai tajaan.

"Kami memilih FBT kerana jenama itu mempunyai rekod baik sepanjang pembabitan mereka pada temasya Sukan SEA sejak tahun 1980-an," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian tajaan di sini, Selasa.

Dalam majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh ketua setiausahanya, Datuk Loman Hakim Ali manakala FBT oleh presidennya, Kamol Chokephaibulkit.

Khairy berkata pihaknya telah mengunjungi beberapa syarikat pengeluar barangan sukan tempatan tetapi mereka tidak dapat memenuhi permintaan dengan jumlah yang besar, setanding dengan apa yang ditawarkan oleh FBT.

Menurutnya MASOC telah mendapat tajaan berjumlah RM56.7 juta iaitu wang tunai RM14.7 juta dan RM42 juta dalam bentuk barangan dan perkhidmatan serta berharap dapat mencapai sasaran tajaan RM80 juta dalam masa terdekat.

"Kita masih ada RM23.3 juta lagi penajaan untuk dicari dan dimuktamadkan. Kami harap 50 peratus darinya akan diperolehi dalam bentuk wang tunai," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan FBT, Monchai Chokephaibulkit, berkata syarikat itu akan memastikan semua perancangan tajaan berjalan lancar bagi kejayaan sukan dwitahunan iti. 

Ini merupakan tajaan terbesar FBT dalam siri Sukan SEA.

Sukan SEA KL2017 akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos manakala Sukan Para ASEAN 17 hingga 23 September tahun depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FBT , tajaan , Sukan SEA 2017 , Para Asean

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan