Ziyad, Zafirah Selamat Diijabkabul

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 9:34 PM

Ziyad dan Zafirah bersama keluarga pihak lelaki.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat bergelar suami dengan tiga kali lafaz kepada wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir, kira-kira pukul 9.32 malam Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan bapa Zafirah iaitu Md Nasir Abd Wahab dalam sebuah majlis pernikahan serba sederhana di kediaman perempuan di Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Ziyad, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta seutas gelang emas dan wang hantaran RM11,000 kepada Zafirah atau lebih mesra di sapa Fira.

Majlis pernikahan itu diadakan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Ziyad dan Zafirah anggun mengenakan persalinan berwarna krim.

Zafirah mencium tangan suaminya selepas selesai majlis akad nikah. - fotoBERNAMA

Majlis resepsi Zafirah akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya pada Sabtu, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 20 November ini.

Bagi majlis persandingan pada Sabtu, pasangan mempelai ini bersepakat untuk memilih tema Minang, sementara majlis di Kuala Lumpur pula menggunakan tema tradisional dan songket.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 November tahun lalu.

Kisah cinta pasangan ini bermula ketika mereka menuntut di kolej swasta pada 2009.

Namun perhubungan mereka hanya bertahan selama empat bulan sahaja kerana Ziyad tidak meneruskan pengajiannya di kolej itu selepas mendapat tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa.

Ternyata jodoh Ziyad dan Zafirah kuat apabila hubungan mereka kemudiannya kembali bertaut pada 2011.









iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan