Ziyad Berdebar Menanti Hari Bahagia

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 2:53 PM

Ziyad dan Zafira semasa menghadiri majlis penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan kepada Pemenang Pingat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Rio 2016 di Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu. foto IG Ziyad Zolkefli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet Paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tidak dapat tidur lena kerana terlalu memikirkan mengenai majlis pernikahannya dengan Zafira Mohd Nasir pada 11 November ini.

Beliau berkata, debaran untuk bergelar suami mengatasi segala tekanan berbanding semasa beraksi di Sukan Paralimpik Rio pada September lalu.

"Perasaan gemuruh itu semestinya ada sampai saya tidak dapat tidur lena kerana majlis pernikahan saya semakin dekat.

"Bagaimanapun alhamdulillah segala persiapan sudah siap sepenuhnya. Sekarang saya hanya perlu banyak berlatih untuk akad nikah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Majlis akad nikah untuk menyatukan pasangan Ziyad dan Zafira akan diadakan di kediaman sebelah perempuan di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira pukul 7 malam, Jumaat ini.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada 12 November di Putrajaya, manakala pihak lelaki pula pada 20 November di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai harapan menjelang hari bahagianya, pemenang pingat emas acara lontar peluru kategori T20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Rio itu berkata, beliau mengharapkan majlis tersebut berjalan lancar.

"Saya berharap agar segalanya berjalan dengan lancar. Apa-apapun saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Ziyad berkata, beliau akan berehat sehingga hujung bulan ini sebelum kembali memulakan latihannya pada Disember.

"Saya minta diberi pelepasan untuk majlis perkahwinan. InsyaAllah saya akan kembali berlatih bulan depan bagi menghadapi kejohanan di Dubai, Februari nanti," katanya.

Atlet berusia 26 tahun itu kini bergelar jutawan muda selepas menerima insentif berjumlah RM1.05 juta pada 8 Oktober lalu di atas kejayaannya meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio.

Bukan itu sahaja, Ziyad turut menerima seunit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage berharga RM121,888 tajaan Naza Corporation Holdings (Naza).



iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan