TSG Bakal Buat Rombakan Pelumba Import Hadapi Musim 2017

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan berbasikal profesional negara, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) dijangka membuat rombakan dari segi pelumba import sebagai persediaan mengharungi Jelajah Asia musim 2017.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata barisan pelumba tempatan TSG yang terdiri daripada anak jati Terengganu berkemungkinan besar akan terus kekal berdasarkan persembahan cemerlang yang dipamerkan dalam beberapa kejohanan pada tahun ini.

"Kita mungkin akan buat sedikit perubahan dari segi pelumba import namun masih memilih negara yang sama iaitu Indonesia, Singapura, Mongolia dan juga Great Britain untuk memperkuatkan pasukan TSG.

"Senarai pelumba musim 2017 belum boleh diumumkan kerana kita masih dalam proses pendaftaran dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan senarai akhir hanya akan diumumkan pada hujung tahun ini," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Untuk rekod, TSG diperkuatkan dengan empat pelumba import pada musim ini iaitu Batmunkh Maral-erdene dari Mongolia, Goh Choon Huat (Singapura), Dadi Suryadi (Indonesia) dan Daniel Whitehouse (Great Britain).

Pada masa sama, Nasiruddin memaklumkan beberapa pelumba cemerlang yang beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lepas turut diserapkan selaku pelumba pelapis TSG bagi memastikan pasukan berkenaan mempunyai pelapis yang berkaliber.

Beliau berharap TSG menerima lebih banyak jemputan untuk sertai kejohanan berbasikal tempatan dan antarabangsa pada tahun depan bagi mengekalkan ranking mereka iaitu kedudukan ketujuh daripada 94 pasukan yang bertanding di Jelajah Asia.

Ditanya mengenai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Nasiruddin berkata pihaknya masih menunggu kata putus hasil mesyuarat kerja di antara pasukan TSG, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan juga Majlis Sukan Negara.

"Kita akan patuhi apa sahaja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan dan beri komitmen sepenuhnya bagi membantu skuad berbasikal negara menghadapi Sukan SEA 2017," tegasnya.

PKBM sebelum ini menyenaraikan tujuh pelumba TSG bersama dua pelumba lain Mohamad Farid Razali dari Kelantan dan pelumba Selangor, Muhammad Aele Shafri Rusli bagi menjalani latihan fasa kedua Program Kita Juara untuk skuad lebuh raya negara sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017.

Tujuh pelumba TSG tersebut ialah pasangan adik beradik Mohd Harrif dan Mohd Zamri Saleh, Adiq Husainie Othman, Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin Mohd Saiful Anuar Aziz dan Anuar Manan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TSG , pelumba import

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan