Nicol Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 4:26 PM

Nicol David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor tiga dunia, Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla yang berlangsung di Kaherah, Mesir, lewat Selasa waktu tempatan (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang juga pilihan utama kejohanan, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain pilihan kelima, Nour El Tayeb dari Mesir; 6-11, 12-10, 11-8 dan 11-8 dalam perlawanan suku akhir di Kelab Wadi Degla yang berlangsung kira-kira sejam.

Bercakap selepas itu, Nicol berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, dan menambah beliau bermain dengan tenang sepanjang perlawanan itu untuk mengalahkan pemain muda Mesir berkenaan.

"Konsistensi saya berbayar hari ini dan saya perlu bermain dengan bersungguh-sungguh kerana anda sudah pasti tidak mahu berada di situ terlalu lama. Saya gembira memenangi perlawanan ini 3-1," beliau dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.

Nicol akan bertemu seteru beliau pemain Mesir, Raneem El Welily dalam pusingan separuh akhir pada Jumaat selepas pemain pilihan ketiga itu berjaya mengalahkan pilihan kelapan, Donna Urquhart dari Australia; 14-12, 7-11, 11-3 dan 11-9 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan