SOJC: Malaysia Tewas 1-4 Kepada Pakistan - Sukan Ekstra | mStar

SOJC: Malaysia Tewas 1-4 Kepada Pakistan

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 11:37 PM

Pemain Malaysia Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (tengah) diasak pemain Pakistan Ammad Shakeel Butt pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Skuad hoki remaja negara terus gagal mencipta kemenangan selepas tewas 1-4 kepada Pakistan pada perlawanan hari ketiga Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam Rabu.

Pakistan membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan sudut penalti Abu Mahmood sebelum kapten pasukan Pakistan, Muhammad Dilber menambah duka pasukan negara menerusi gol padang pada minit ke-20.

Skuad negara bangkit merapatkan jurang perbezaan mata menerusi pukulan penalti oleh Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-25, kegembiran Malaysia bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Shah Irshad menjaringkan gol ketiga bagi Pakistan menerusi gol padang lima minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, kerapuhan benteng pertahanan negara terus membuka ruang kepada Pakistan menghasilkan gol keempat menerusi Ullah Sami pada minit ke-45.

Malaysia dijadualkan beraksi menentang Jepun pada perlawanan keempat yang dijadualkan pada pukul 8.30 malam, Jumaat ini.

Tags / Kata Kunci: SOJC , Stadium Hoki Taman Daya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan