Skuad Hoki Negara Optimis Mampu Benam India

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 4:07 PM

Stephen Van Huizen.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Skuad hoki negara optimis untuk melakar kejutan ketika bertemu India pada Rabu, sekali gus meneruskan rentak kemenangan pada kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2016 di Stadium Hoki Kuantan di sini.

Ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata bagi menghadapi pertemuan itu, pasukannya melakukan persiapan rapi sebagaimana bertemu pasukan lain pada kejohanan ini.

"Perlawanan tersebut amat penting bagi kita untuk memperbaiki ranking dunia bagi pasukan negara.

"India mempunyai ranking lebih tinggi daripada Malaysia tetapi kita memiliki perancangan, berjaya atau tidak ia bergantung kepada reaksi pemain dalam menghadapi pergerakan lawan.

"Kita menghormati India kerana mereka pasukan yang kuat dan mempunyai struktur yang baik dalam permainan tetapi saya percaya kita berupaya melakukan sesuatu," katanya pada sidang akhbar, di sini Selasa.

Stephen berkata beliau gembira kerana pasukan kendaliannya mendapat rehat selama dua hari yang dilihat mencukupi untuk para pemain kembali cergas.

Ketua jurulatih India Roelant Oltmans berkata beliau menganggap Malaysia sebuah pasukan yang berwibawa pada kejohanan ini dan pastinya pertemuan kedua-dua pasukan menjanjikan persembahan menarik.

"Saya menganggap ia satu pertemuan yang serius dan kami perlu melakukan sesuatu untuk menang.

"Cuma kini saya tidak terlalu memikirkan pasukan Malaysia kerana perlu berhadapan dengan China hari ini," katanya.

India kini berada di ranking keenam dunia berbanding Malaysia yang berada di ranking ke-14. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan